ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
BANGKOK - Pihak berkuasa China mengutuk tindakan empat orang rakyatnya yang membuat onar di lapangan terbang antarabangsa Bangkok,
Difahamkan, Selasa lalu, keempat-empat rakyat China yang melancong ke Bangkok bertindak membuat huru hara di lapangan terbang itu selepas penerbangan pulang mereka tertangguh selama 10 jam sehingga jam 3 pagi.
Pesawat yang dijadualkan membawa mereka pulang, tiba di lapangan terbang tersebut. Malangnya mereka enggan menaiki pesawat itu dan menuntut bayaran ganti rugi.
Ekoran permintaan mereka tidak diendahkan, lalu mereka menyanyikan lagu kebangsaan negara China dan menjerit-jerit selain dari menimbulkan kekacauan di bahagian balai berlepas sebagai tanda protes.
Akibatnya, Pentadbiran Pelancongan Negara China memasukkan nama keempat-empat rakyatnya itu dalam senarai hitam ke luar negara.
"Mereka cuba menghasut penumpang yang lain bagi mencetuskan kekacauan di lapangan terbang, bercakap dan bertindak tidak senonoh. Tindakan mereka itu memalukan pelancong Chian di luar negara," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pentadbiran negara itu.
Rakaman kejadian itu yang dirakam menggunakan telefon pintar, tersebar meluas di laman sosial.
Lapor South Morning China Post, ramai penumpang yang tidak berpuas hati dengan pengurusan yang dibuat oleh pihak syarikat penerbangan dan pihak lapangan terbang. Ada segelintir yang enggan meninggalkan ruangan menunggu dan menuntut permohonan maaf serta pampasan
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas