Tandas terlampau berbau, pesawat terpaksa patah balik

type='html'>
Pesawat patah balik sebab tandas berbau

LONDON, BRITAIN : Sebuah pesawat syarikat British Airways (BA) dilaporkan terpaksa berpatah balik berikutan bau tandas pesawat kurang menyenangkan.

Memetik laporan dari portal Metro.co.uk, ia berpunca daripada penumpang yang membuang air besar sehingga menyebabkan bau yang mengganggu keselesaan penumpang.

Kebanyakan penumpang pesawat yang dalam penerbangan ke Dubai itu dikatakan kecewa sebaik juruterbang pesawat mengumumkan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow akibat perkara tersebut.

Antara rungutan penumpang yang lantang disuarakan termasuk ahli politik Britain, Abhishek Sachdev yang dikatakan dalam perjalanan ke Dubai untuk urusan kerja.

Menerusi petikan Twitter, Abhishek menjelaskan apa yang diberitahu oleh juruterbang pesawat berkenaan serta punca kapal terbang tersebut berpatah balik pada malam Khamis lalu.

“Ini suatu yang diluar jangkaan! Penerbangan BA kami terpaksa patah balik ke lapangan terbang kerana bau najis di dalam tandas terlalu busuk.

"Terpaksa menunggu lebih 15 jam untuk penerbangan seterusnya,” katanya seperti yang dipetik menerusi posting di akaun Twitternya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan punca pesawat tersebut berpatah balik, bukannya disebabkan masalah teknikal pesawat.

Sumber: