ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Tulisan di bawah ini, dikongsikan oleh Khairul Najmi (@khairulnjmi) di laman Instagram. Kami percaya, luahan ini ditulis berdasarkan banyak kisah-kisah anak-anak muda yang sama ada dari luar atau dalam Malaysia mengelilingi dunia tersebar di laman sosial.
Kesannya, ramai yang berimpian untuk melakukan perjalanan yang dikatakan mahu 'mengenal erti kehidupan'. Tidak salah untuk berbuat demikian, namun, apa yang diluahkan oleh Khairul Najmi ini juga perlu dipertimbangkan.
Trend sekarang, semua acah-acah nak travel around the world sementara masih muda dengan alasan nak belajar erti kehidupan.
Sejujurnya, kalau kita berusia lingkungan umur 20'an dan ibu bapa kita berusia 60'an, lebih baik kita belajar saja membahagiakan mereka terlebih dahulu.
Bawa mereka pergi C'Mart. Tolong mereka sapu sampah. Tolong beli nasi lemak pagi-pagi. Tolong angkat kain. Tolong basuh kereta.
Nak belajar erti kehidupan apanya kalau tinggalkan keluarga yang memerlukan tenaga muda?
Belajar bahagiakan keluarga dulu sebelum belajar erti kehidupan. Ilmu berkeluarga pun kosong, ada hati nak travel around the world?
Ibu bapa 60'an ada berapa lama nak hidup? Ya, ajal maut bukan kita tetapkan tetapi apalah sangat bahagiakan mereka sementara mereka masih ada. Yang kita kalut nak belajar erti kehidupan di luar buat apa?
Pejam mata mereka, pergilah kau orang nak round the world ke, Pluto ke. Konon muda nak tengok dunia, walhal duit ibu bapa juga yang hulurkan?
Sama-sama kita muhasabahkan diri sementara mereka masih ada di sisi.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas