ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
TAIPING - Gambar seorang ibu membenarkan anak kecilnya kencing di Food Court sebuah pasar raya tersebar di laman sosial.
Gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Taiping Zone itu mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya di Taiping, Perak.
"Food Court Aeon Mall Taiping Perak. Bawa anak kencing dalam sinki! Pengotor sungguh dan tidak menghormati pelanggan food court yang menjamu selera," katanya.
Bagaimanapun, netizen berpendapat mungkin anak kecilnya sudah tidak dapat menahan rasa ingin kencing menyebabkan si ibu terpaksa membiarkan anaknya kencing di sinki tersebut.
Dalam pada masa yang sama, netizen juga menyelar tindakan si perakam gambar itu yang bertindak memuat naik gambar berkenaan berbanding menegur perbuatan wanita terbabit.
"Tahniah kepada orang yang memuat naik gambar ini. Anda telah membuktikan yang anda juga sama seperti orang dalam gambar ini, iaitu kurang cerdik! Kau ingat nyonya ini nak baca Facebook ko? Pergilah tegur!," kata mereka.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas