Hanis Zalikha Perlahan Aktiviti Seni Bukan Sebab Hamil

Melalui sangkaan peminat yang mungkin tidak sabar-sabar untuk melihat selebriti kesayangan mereka ini menimang cahaya mata, Hanis Zalikha menjelaskan bahawa dia kini sedang memperlahankan aktiviti seni bukanlah kerana hamil tetapi mahu menumpukan perhatian kepada rumah tangga dan juga perniagaan.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas






“Saya belum hamil dan kalau sudah mengandung saya akan beritahu, sekarang cuma sibuk meneruskan perniagaan sedia ada dan yang terbaharu bakal melancarkan perniagaan tudung Cakenis”

“Tentang gambar berkepsyen perkembangan terkini, saya dan suami lebih ke arah mengembangkan perniagaan kami buat masa sekarang dengan beberapa jenama yang akan dikeluarkan. Saya lebih selektif dalam aktiviti seni sebab lebih fokus komitmen rumah tangga dan perniagaan,” jelasnya kepada mStar Online baru-baru ini.

Jika sebelum ini, keadaan kesihatan Hanis yang tidak menentu selepas berkahwin turut membuatkan ibunya beranggapan dia sudah hamil. Apa pun, jika sudah sah Hanis hamil nanti, pasti pasangan ini akan berkongsi dengan peminat. Sabarlah wahai peminat, masa yang ditungguh bakal tiba, dengan izin-Nya. Eh.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas