Hazama Sanggup Tunggu 10 Tahun Lagi Untuk Kahwin Dengan Wanita Seksi Ini





Orang kata, percintaan mampu membuktikan segalanya begitulah juga dengan kesanggupan penyanyi Hazama menunggu sehingga 10 tahun – jika itu waktu yang terpaksa dilaluinya untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerana, persoalan bila dia dan juga kekasih, pemuzik Genervie Kam sering sampai di telinganya.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


“Hubungan kami masih berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Saya tak nak ulas lanjut tapi hanya boleh kata kami sedang menanti waktu dan tarikh sesuai untuk ke arah itu (memeluk Islam). Saya bersyukur kerana melihat Akim dan Stacy mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak”

“Bagaimanapun, ada situasi yang berlaku buatkan Genervie takut. Jadi, saya perlu memainkan peranan untuk menerangkan kepadanya sejelas-jelasnya supaya dia faham dan tidak pandang serong terhadap apa yang terjadi. Alhamdulillah, ia bukan lagi persoalan besar buatnya sekarang”






“Saya tak sentuh sangat persoalan agama kerana ia isu sensitif. Namun siapa yang tak nak kekasihnya buat perkara yang menyenangkan. Kalau 10 tahun lagi pun tempohnya untuk kami kahwin, saya kenalah tunggu,” jelasnya kepada Harian Metro.

Selain itu, Hazama juga ada menjelaskan bahawa dia dan kekasih ada membincangkan soal kahwin namun tidak serius dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas