Jihan Muse Sangkal Bakal Kahwin Bulan Depan





ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Jihan Muse menyangkal gosip dia bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya, pelakon Ku Hariz yang dijangka pada bulan hadapan.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 32, berkata, dia tidak mengetahui tentang perkhabaran terbaharu yang sedang diperkatakan mengenai dirinya itu namun enggan memberi perhatian kerana ia tidak benar.

"Gosip berkenaan tidak benar," katanya ringkas kepada mStar Online menerusi mesej WhatsApp pada Ahad.

Bagaimanapun kata Jihan, dia tidak terkejut dengan laporan berkenaan dan menyifatkan ia bukan perkara baharu.


"Cerita tentang saya hendak berkahwin bukan perkara baharu. Abaikan sahaja kerana ia tidak benar," jelasnya.

Sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan gosip melaporkan seorang teman pelawak itu yang menetap di luar negara akan kembali ke Malaysia pada bulan hadapan bagi menghadiri majlis sahabatnya iaitu Jihan.

Dalam pada itu, Jihan berkata, dia tidak mengetahui siapakah individu yang mendakwa sebagai kenalannya dalam artikel berkenaan.

"Tidak tahu siapa. Saya pun tidak baca artikel berkenaan," katanya lagi.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas