Uqasha Senrose Minta Maaf Atas Salah Faham




Seringkali terpalit dengan kontorversi, Uqasha Senrose sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mengenai wartawan yang hanya suka menulis mengenai kisah peribadinya berbanding kariernya sebagai artis. Bagaimanapun, Uqasha tampil memohon maaf dengan perkara tersebut.

“Saya minta maaf kepada media. Sebagai manusia biasa ditambah lagi dengan usia yang masih mentah saya tidak terlepas melakukan kesilapan. Saya terima setiap teguran dengan hati terbuka dan melihat secara positif. Kalau mereka tidak tegur mungkin sampai bila-bila pun saya tidak sedar”

“Apa yang berlaku ini saya jadikan pengajaran untuk jadi lebih baik pada masa akan datang,” jelasnya kepada Harian Metro. Menurut laporan akhbar tersebut, Uqasha sebelum ini dikatakan sering menepis setiap soalan sebelum ditemubual.



Mungkin ini merupakan antara nilai yang perlu dibayar oleh Uqasha dalam menempuh kehidupan dengan status selebriti. Jika pandai jaga diri, pasti kontroversi pun tidak lekat dengan diri sendiri. Apa pun, setiap hari adalah peluang untuk memperbaiki diri sendiri.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas