6 PRODUK TEKNOLOGI TERKINI YANG MENARIK PERHATIAN DI MWC BARCELONA

Lebih puluhan ribu pengunjung yang datang memenuhi acara Fira Gran Vira, Barcelona dari 22 hingga 27 Februari 2014 di Mobile World Congress 2014. Mereka yang datang beramai-ramai mahu menjadi yang pertama untuk melihat beberapa produk teknologi terkini dari pelbagai syarikat di seluruh dunia.

Peluang ini telah digunakan oleh syarikat dalam memperkenalkan produk utama mereka. Beberapa produk dapat menarik perhatian peserta dan para jemputan yang datang dan di antara produknya seperti berikut:-


1. SAMSUNG GEAR FIT


Selain melancarkan jam tangan pintar, Gear 2 dan Gear 2 Neo, Samsung juga menarik perhatian dengan kehadiran Gear Fit. Tidak seperti dua jam tangannya yang lain, Gear Fit bertujuan sebagai peralatan perubatan. Gear Fit dibina dengan skrin berukuran 1.8 inci yang nipis. Slot yang biasanya untuk kamera diganti dengan alat penghitung kadar degupan jantung, langkah dan kalori yang dibakar penggunanya.


2. THE YOTAPHONE 2


Yotaphone mempunyai dua skrin iaitu skrin sentuh LCD di bahagian depan dan sebuah skrin ‘electronic-ink’ dibahagian belakang, sama seperti Kindle buatan Amazon. Dengan kehadiran kedua-dua skrin ini, pengguna boleh menukar fokus prestasi telefon seperti yang diperlukan. Telefon ini mendakwa untuk menjadi lebih cekap tenaga daripada peranti yang lain.


3. NOKIA XL


Telefon Android Nokia yang pertama juga menarik perhatin beberapa pengunjung. Telefon yang mempunyai akses yang terhad kepada aplikasi Android didatangkan dengan skrin sentuh berukuran 5 inci. Melalui Nokia XL, vendor yang berasal dari Finland itu mahu menyediakan telefon bimbit murah dengan fungsi yang sama dengan telefon pintar yang lain.


4. THE BLACKPHONE


Telefon ini juga dikenali sebagai “Snowden Phone” di acara MWC 2014. Dinamakan ” Snowden Phone” kerana pengguna boleh menetapkan kandungan mereka sendiri supaya tidak semua rahsia mereka tersebar di Internet dan selamat daripada pengintipan oleh mata-mata ‘cyber’.


5. UPP HIDROGEN FUEL CELL


Ianya bukan dalam kategori telefon bimbit, tetapi ini adalah satu inovasi yang menarik. Yang mana ianya dibuat oleh syarikat Inggris Intelligent Energy, pengecas peranti ini boleh menukar hidrogen menjadi tenaga. Upp hidrogen FuelCell mampu menghasilkan kira-kira 25 watt selepas sejam mengecas. Peranti ini mampu untuk mengecas penuh iPhone sebanyak lima kali.


6. SAMSUNG GALAXY S5


Samsung memang menjadi bintang utama dalam acara MWC 2014 di Barcelona. Vendor Korea Selatan itu akhirnya mempamerkan telefon bimbit perdananya yang telah dirahsiakan. Selain tahan air dan habuk, Galaxy S5 dilengkapi dengan sensor cap jari seperti 5S iPhone.

2 comments

nak semua..wow greedy sangat dah ni..hehe