Annuar Musa Selar Tun M Terlalu Taksub Dengan Jambatan Bengkok



KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan ahli Parlimen Ketereh menyelar tindakan bekas Perdana Menter, Tun Dr Mahathir yang disifatkannya terlalu taksub dengan cadangan membina jambatan bengkok di Johor.

Beliau juga menyifatkan Perdana Menteri keempat itu sebagai terlalu obses dengan projek tersebut sedangkan ia perlu dinilai dengan teliti kerana ia sebenarnya mengundang beberapa implikasi tidak baik kepada negara.

“Kita sudah ada dua `link’. Adakah perlu `link’ ketiga dan adakah perlu dibuat secara bermasam muka antara dua negara (Malaysia dan Singapura).

“Apa baik buruknya? Tidakkah lebih baik peruntukan besar `icon bad diplomacy’ itu diguna bagi meringankan pelbagai beban rakyat pada masa ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.


 Annuar juga tampil mempersoalkan tindakan Dr M yang berulang-ulang kali mendesak kerajaan untuk membina 'jambatan aneh' ini sedikit sebanyak memberi impak kepada suasana politik dalam negara.

Katanya, semua pihak dalam Malaysia memahami sikap Singapura yang kadang-kala mengguris hati negara ini, tetapi Mahathir masih lagi gemar mengambil pendekatan `Hold the bull by the horn’.

“Lain pemimpin lain caranya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kita harus terima situasi kerana masa terus beredar.

“Gunakanlah kebijaksanaan. Bukankah kerana itu kita diberi mandat. Hanya yang berakar tunjang bisa menegak. Hanya berakal panjang tahan digasak,” katanya. - Siakapkeli.com.my


Sumber: