Farid Kamil Terkilan Dengan Kontroversi Gambar Seksi Isteri


JIKA sebelum ini Farid Kamil berdiam diri daripada memberikan sebarang komen mengenai gambar-gambar sesi photoshoot isterinya, aktres Diana Danielle, tapi sebagai seorang suami akhirnya Farid menyatakan dia terkilan dengan kontroversi yang menimpa isterinya itu.


Walau bagaimanapun, Farid enggan memberikan sebarang ulasan lanjut berhubung isu hangat tersebut sebaliknya menyerahkan kepada pihak pengurusan Diana, Prokuya Studio untuk menjawab perkara tersebut.


“Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut.


“Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia kerana ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan itu,” katanya memetik mStar.


Sebelum ini, Diana mengejutkan sebilangan besar peminatnya apabila tampil berani mendedahkan bahagian dada untuk dua sesi photoshoot majalah gaya hidup.


Bukan sedikit kritikan yang diterima pelakon cantik ini, yang mana peminat melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang tidak manis beraksi sedemikian. – MYNEWSHUB.CC


Komen


comments