Gempa Bumi Sederhana Gegar Costa Rica



SAN JOSE – Gempa bumi sederhana berukuran 4.6 magnitud menggegar Costa Rica, hari ini.

Gempa berkenaan dirasai di ibu negara, San Jose sebaik tengah hari waktu tempatan.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekod bacaan gempa bumi berkenaan pada 4.6 magnitud dan kedalaman pada kira-kira 8 kilometer dan pusat gempa di kedudukan 56 kilometer tenggara ibu negara berkenaan.

Bagaimanapun, sebahagian penduduk kelihatan cemas dan hanya segelintir keluar daripada bangunan.

Persatuan Bulan Sabit Merah dan Suruhanjaya Kecemasan Negara berkata, tiada laporan sebarang kerosakan atau kecederaan akibat daripada gempa bumi berkenaan. – AP


Sumber: