Khairy Beri Kata-Kata Semangat Kepada Chong Wei


KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Datuk Lee Chong Wei yang sedang menghadapi perbicaraan kes doping di Amsterdam, Belanda, ketika ini sebagai bersemangat tinggi.


kj


Khairy menerusi laman Twitternya berkata dia baharu saja bercakap dengan jaguh badminton negara itu selepas perbicaraan dihentikan seketika untuk waktu rehat.


“Baharu saja bercakap dengan @LeeChongWei yang sedang rehat daripada perbicaraan kes disiplin. Semangatnya cukup baik. Teruskan berdoa untuk keputusan yang baik,” tulisnya dalam laman Twitternya. – Berita Harian Online


Komen


comments