Seorang wanita yang di dalam keadaan bogel cuba untuk merompak kedai serbaneka di Charleston, West Virginia.

Wanita tersebut dikenali sebagai Drema Setliff berumur 30 tahun yang di dalam keaadan bogel masuk ke dalam kedai tersebut dengan hanya membawa tuala, dia kemudiannya mengungut  juruwang yang juga seorang wanita untuk mengeluarkan semua duit dari peti simpanan wang.




Seorang saksi kemudiannya membuka pintu kedai supaya juruwang tersebut dapat melarikan diri, terkejut dengan kehadiran saksi tersebut wanita tersebut berlari untuk bersorok di dalam tempat penyimpanan barang elektrikal.

Apabila polis tiba wanita itu kemudian berkata “bawa saya ke penjara”, Drema kemudiannya didakwa diatas tuduhan merompak dengan ikat jamin sebanyak $50,000.