Wanita ‘Cari Makan’ Dengan Muat Naik Video Makan, Dakwa Lelaki Suka Lihat Selulitnya (2 Gambar)

Kentucky – Buat duit dengan makan. Itu yang dilakukan Caitlin Finley, 22, untuk mendapatkan
wang.


Dia yang mempunyai ukuran berat 190kg akan makan hingga 10,000 kalori sehari dan proses makan makanan menggemukkan itu akan dirakamkan oleh ibunya, Dorothy, 50.


Berdasarkan artikel yang dimuatnaik dari portal Mynewshub, Caitlin memperoleh pendapatan sebanyak RM700 seminggu iaitu selepas gambar dan video gadis ini makan dimuat naik dalam laman web.


BACA - KANTOI TENGAH PROJEK DI SEBALIK AMPAIAN










“Zaman kanak-kanak saya adalah zaman yang sukar dan saya sering diejek kerana mempunyai saiz badan yang besar sehinggalah apabila saya berusia 16 tahun.


“Perubahan itu berlaku selepas saya melayari satu laman web dengan model yang gemuk, Big Cuties dan saya dapati model tersebut semuanya menarik hingga menyebabkan saya mahu mengikut jejak mereka,’’ katanya.


Pada usia 18 tahun, Caitlin yang menggunakan nama Calico Bombshell mula beraksi di depan kamera dan dengan berbuat demikian, dia dapat mengembalikan semula keyakinan dirinya.


“ Lelaki gemar melihat saya menggoyangkan perut dan mereka juga suka melihat selulit saya.


“Ada pula lelaki yang suka melihat saya makan hingga kenyang tetapi terdapat banyak permintaan aneh daripada lelaki terbabit dan pastinya saya tidak akan melakukannya.


“Saya tidak malu dengan apa yang saya lakukan kerana ada lelaki di luar sana yang meminati wanita gemuk termasuk seorang lelaki di sekolah dulu yang sering membuli saya,’’ katanya.


Caitlin kini merancang menambah berat badan sehingga 200 kg menjelang usia 30 tahun.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   ISUKAKIPANAS