PRANK KEJAM HARI IBU BUAT RAKYAT KEMBOJA MARAH | Sebuah rancangan TV di Kemboja telah mengeluarkan surat permohonan maaf secara terbuka selepas melakukan ‘prank’ kejam terhadap seorang gadis berusia 13 tahun sempena Hari Ibu.
Gadis yang dikenali sebagai Autumn Allen itu telah ditipu seolah-olah dia akan bertemu kembali ibunya yang hilang sejak tujuh tahun lalu dalam rancangan berkenaan. Autumn seorang penyanyi dan penulis lirik terkenal telah dijemput sebagai tetamu istimewa untuk rancangan khas Hari Ibu Penh Chet Ort (Like It Or Not).
Apabila pengacara itu pengacara itu berkata Autumn akan bertemu ibunya kembali penyanyi itu berkata ia seperti mimpi menjadi kenyataan sambil menitiskan air mata. Namun sebaliknya menampilkan seorang pelawak tempatan, Chuop Rolin yang berlakon sebagai ibunya.
Kali terakhir Autumn berjumpa ibunya semasa dia berusia enam tahun sebelum meninggalkan Amerika Syarikat bersama ayahnya. Kebanyakan rakyat Kemboja melahirkan rasa marah dan emosi terhadap gadis berkenaan. Namun Autumn menjelaskan pihak rancangan itu telah pun menulis surat mohon maaf kepadanya.