KEBAKARAN dicetuskan penyokong selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. - Foto NSTP |
KUALA LUMPUR: Penyingkiran Terengganu di separuh akhir Piala FA kepada Lions XII, malam tadi mencetus kekecohan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu selepas ratusan penyokong merusuh sejurus berakhir perlawanan.
Sekalipun menang 3-2, Terengganu gagal layak ke final selepas kedudukan agregat 4-4 memihak Lions XII menerusi kelebihan gol di tempat lawan.
Kekecohan dikatakan tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringkan di minit-minit terakhir perlawanan kerana ofsaid.
PENGADIL diiringi anggota keselamatan selepas perlawanan berakhir. - Foto Aswadi Alias |
Dikhabarkan, sebuah ambulan terbakar dan meletop manakala cermin bas yang membawa pasukan Lions XII pecah. Selain itu, seorang anggota polis dipercayai cedera di kepala akibat diserang penyokong dengan cermin pintu stadium turut pecah.
ANGGOTA polis turut tercedera dalam kekecohan itu - Foto Mohd Syafik Ambak |
sumber