Laman Facebook Pendaki Bogel Emil Kaminski, Diserang Netizen




PUTRAJAYA – Facebook milik salah seorang pelancong asing yang berb0gel di Gunung Kinabalu baru-baru ini berjaya dikesan agen penyiasat Facebook.


Emil Kaminski, warganegara Kanada, memuat naik kenyataan di Facebook bahawa dia dan rakan-rakannya masih berada Sabah.


“Anywho, the place is a shith0le. But I am stuck here for a few more days until the whole ‘nak-ed-on-a-mountain’ thing dies down. Luckily the dumbasses here have no internet and no idea!,” katanya.


Emil juga dilaporkan sudah membuat tempahan tiket penerbangan AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Tawau ke Kuala Lumpur pada 10 Jun ini dan seterusnya menaiki penerbangan antarabangsa ke Taipei pada hari yang sama.