Seorang remaja lelaki mengalami kerugian sebanyak RM500 akibat terperdaya dengan helah seorang lelaki yang menjual iPhone tiruan ketika berkunjung ke Jaya Jusco Seremban 2.
Menurut mangsa, Ben Zaf, dia dihampir oleh seorang lelaki bermata sepet yang mengaku berasal dari Taiwan itu cuba menjual iPhone 6 dengan harga RM800. Dengan wang itu, dia akan membeli tiket penerbangan dan kembali ke Taiwan.
"Semalam di JJ Seremban 2, ada seorang mamat datang pada saya dan kata dia dari Taiwan, tak ada duit nak balik. Lelaki itu kemudian cuba menjual iPhone 6 pada saya dengan harga RM800."
Difahamkan, mangsa pada mulanya enggan melayan lelaki berkenaan namun setelah puas dipujuk rayu dengan menawarkan harga murah, RM500, mangsa akhirnya jatuh ke dalam perangkapnya.
"Dia merayu-rayu minta tolong sampai kurangkan harga iPhone itu pada harga RM500. Saya pun terkejut, iPhone 6 orang nak jual dengan harga RM500, siapa tak nak?," katanya.
Setelah membelek-belek iPhone itu, mangsa yang yakin dengan tawaran lelaki itu terus membayarnya RM500 dan simkad milik lelaki terbabit dikeluarkan dan terus berlalu pergi.
Mangsa cuba memasukkan simkadnya sendiri namun gagal. Lalu mangsa membawa iPhone itu ke sebuah kedai telko.
Menurut kakitangan telko, mangsa telah ditipu dengan iPhone 6 mainan.
Kecewa dengan apa yang berlaku, mangsa memuat naik gambar lelaki itu di laman Facebook dan meminta orang ramai berhati-hati jika terserempak dengan lelaki 'Taiwan' ini.
Menurut netizen, kegiatan penipuan seperti ini telah lama berlaku di negara ini sejak lima tahun yang lalu. Ada sesetengah netizen yang hampir menjadi mangsa, namun berjaya menyelamatkan diri dengan alasan mahu mengambil wang di ATM, sebaliknya terus melarikan diri. - THEHYPEMEDIA.COM
sumber