Saya Bukan Bawa Senjata Pun, Pasal Apa Nak Takut Dengan Saya - Tun Mahathir




Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak ada apa sebab yang perlu ditakutkan Datuk Seri Najib Razak untuk tidak hadir ke dialog "Nothing to Hide" berkaitan 1MDB di PWTC Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 10 pagi ini.


“Saya orang biasa saja, saya bukan bawa senjata pun. Saya bukan boleh buat apa-apa pun.


“Pasal apa orang nak takut pada saya, semua ini takut atau tidak?” katanya dalam sidang media selepas polis mengarahkan dia berhenti berucap.


Dialog "Nothing to Hide" iaitu dialog PM bersama NGO telah dibatalknn selepas mendapat arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberitahu majlis tersebut dibatalkan atas faktor keselamatan