USTAZ KERJAKAN ISTERI ORANG

KISAH BENAR: USTAZ SETAN KERJAKAN ISTERI ORANG-Semuanya bermula selepas hasrat mereka yang ingin mengubah cara hidup dengan menjadikan seorang guru agama sebagai pakar rujuk bertukar menjadi detik hitam apabila guru agama berkenaan kemudiannya menjalin hubungan intim dengan wanita berkenaan.


“Pulanglah wahai mama, papa sentiasa merindui mama dan berharap agar kita dapat membina kehidupan baru.


“Papa sanggup memaafkan mama sekiranya mama pulang ke pangkuan keluarga. Papa berharap mama akan dilindungi Allah dan memohon agar mama cepat sedar dari perbuatan yang mama lakukan,” begitu nota tulisan tangan seorang suami selepas isterinya menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang guru agama, awal bulan lalu.






Dengan layanan istimewa ditambah penjelasan mengenai hukum agama, ia cukup menjadikan ibu kepada empat cahaya mata itu ‘cair’ setiap kali bersama suami menghadiri kuliah yang diadakan di sebuah pusat pengajian di Lembah Klang sejak dua tahun lalu.


Akibatnya, hubungan rumah tangga yang dibina bersama suaminya sejak 30 tahun lalu kini retak menanti belah selepas si isteri berubah hati dan menagih cinta guru agama yang sudah beberapa kali berumah tangga sehingga sanggup menuntut cerai.


Bagi Azman, 50, dia reda dengan keadaan itu, namun sedikit kesal kerana niatnya untuk merubah cara hidup bersama isteri bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya mengakibatkan mahligai bahagia yang dibina atas dasar cinta kini berantakan.


“Saya akui perjalanan hidup kami suami isteri agak bebas sebelum ini. Jadi sampai satu ketika, saya rasa bertanggungjawab untuk mengubah isteri dan keluarga ke arah lebih baik.“Jadi saya ambil keputusan untuk menghadiri kuliah seorang guru agama berdekatan dengan rumah. Mula-mula semuanya berjalan baik. Isteri selalu memuji dia, saya anggap biasa kerana pada saya orang agama perlu dihormati,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Azman berkata, setiap minggu dia dan isteri akan menghadiri kuliah guru agama berkenaan dan pernah beberapa kali berjumpa secara peribadi untuk mengetahui selok belok agama secara lebih mendalam.


Tidak lama selepas itu, dia yang sibuk menguruskan perniagaan tidak dapat hadir ke kuliah selama beberapa bulan dan hanya isterinya bersendirian yang berjumpa dengan guru agama berkenaan.


“Lama kelamaan saya lihat sikapnya mula dingin dan sering keluar rumah untuk berjumpa guru agama dengan alasan tidak faham mengenai tajuk kuliah.


Ada kalanya kami langsung tidak bertegur sapa kerana dia asyik dengan telefon.


“Satu hari saya periksa telefonnya dan terkejut melihat mesej cinta daripada guru agama berkenaan dalam aplikasi WhatsApp. Bila saya tanya, dia mula melenting dan mempertahankan hubungannya dengan guru agama itu.


“Kemuncaknya, pada bulan lalu apabila dia minta cerai daripada saya dengan alasan tiada persefahaman dan ingin mendirikan rumah tangga dengan guru agama itu. Saya tanya guru agama itu dan dia pun mengaku jatuh cinta dengan isteri dan ingin berkahwin,” katanya yang kini bingung memikirkan masa depan bersama empat anaknya.


Menurutnya, dia masih lagi memberi peluang kepada isterinya kembali taat dan tidak akan memfailkan perceraian kerana masih sayangkan wanita itu dan keluarga.