SEBELUM ini, berita mengenai penemuan sel darah babi di dalam filter rokok pernah menjadi topik sensasi pada tahun 2010.
Namun, dek kerana keuntungan berjuta-juta yang diperoleh hasil daripada cukai bahan tembakau kepada negara, maka isu mengenai filter rokok yang mempunyai DNA ‘binatang ekor pintal’ ini seakan terkubur dan tiada susulan perkembangan mengenainya.
Sedikit info mengenai penemuan tersebut, ia telah didedahkan oleh Profesor Simon Chapman, seorang pakar akademik dari Australia yang berjaya menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam filter rokok.
Kajian tersebut mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam bahan penapis tersebut.
Filter yang menggunakan hemoglobin babi ini sangat efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat di dalam asap rokok.
Dalam laporan portal Republika pula, Dr. Anna P Roswiem, saintis di Institut Pertanian Bogor di Indonesia menyatakan terdapat kandungan sel darah babi di dalam filter rokok.
”Iya, ada dalam filternya, dalam rokok terdapat dua filter. Tapisan pertama, berwarna putih yang langsung ke mulut, tapisan ini disambung lagi dengan filter kedua yang mengandung hemoglobin (darah) babi.
“Darah ini digunakan untuk menyaring toksin yang ada dengan lebih baik. Hemoglobin dari darah babi menyaring racun-racun tembakau sehingga racunnya lebih sedikit,” ujarnya.
Maka sekaligus menyebabkan zat-zat babi ini melekat pada bibir ketika menghisap rokok dan masuk ke dalam badan ketika anda menyedut asapnya…
Tetapi jangan risau, setakat ini hanya rokok yang dijual di Greece sahaja menggunakan filter babi kerana menurut undang-undang tempatan di sana, semua kandungan rokok wajib diberitahu kepada orang awam.
Di negara-negara lain termasuk di Malaysia, isi kandungan pembuatan rokok dan filter tidak wajib diberitahu oleh pembekal dan pengilang rokok, kerana ianya merupakan “business and a trade secret” mereka.
Maka ada kemungkinan hemoglobin babi ini digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia tanpa kita sedari di tambah pula kebanyakkan jenama rokok di sini rata-ratanya adalah dari luar negara.
Apa-apa pun, ini hanyalah pandangan dari kami, namun jika difikirkan tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku.
Jadi adakah selepas ini perokok-perokok mahukan kerajaan Malaysia membuat kajian mengenai isi kandungan yang terdapat di dalam bahan filter agar anda tidak perlu lagi khuatir semasa merokok?
Kini anda ‘mungkin’ mempunyai sebab untuk tidak merokok selain daripada harga rokok yang semakin mahal dan amaran bergambar yang langsung tidak seram.
Jadi apa yang nak ditunggu lagi kepada para perokok, terutama yang Muslim, berhenti lah sekarang.
Janganlah bagi alasan lagi dengan menyandarkan kepada pendapat yang bukan jumhur