[VIDEO] Lelaki Cina 0nani Dan Melepaskan Sperma di Botol Air Juruwang

Onani-jijik


Kuala Lumpur – Menjijikan. Sebuah video menunjukkan seorang lelaki melakukan onani dan meletakkan spermanya ke dalam botol minuman seorang juruwang di lobi sebuah hotel yang dikatakan terletak di Puchong, mengejutkan netizen.



Rakaman dari video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook kira-kira lapan jam lalu oleh pengasas bersama ‘Community Policing Malaysia’, Kuan Chee Heng tersebar luas di kumpulan media sosial yang lain.


Pada mulanya, video itu memaparkan seorang lelaki Cina, dalam lingkungan 20-an duduk dan berkeliaran di lobi sambil melakukan onani.


Dia kemudian mengambil botol minuman berwarna merah jambu dari kaunter dan mula melepaskan sperma ke dalam botol itu.


Namun, nama hotel berkenaan tidak didedahkan di dalam video itu.


Dalam kapsyen video berkenaan, Kuan menulis bahawa juruwang malang meminumi air dari botolnya dan apabila merasakan ada kelainan, beliau terus memeriksa video dari CCTV.