Meletup! Artikel bangang Perjelas Penderma Misteri 2.6 Billion


Muhyiddin RM2.6 bilion


1. Menerima sumbangan untuk dana politik tidak salah di sisi undang undang negara ini


Cadangan SPRM untuk wujudkan undang-undang mengisytihar sumbangan kepada parti politik telah ditolak oleh DAP walaupun UMNO setuju.


Dalam isu ini, penyumbang sebagai ikhwan Muslim (saudara Islam) tidak berminat untuk mendapat apa-apa balasan. Mereka hanya mahu pastikan agar kerajaan Islam Melayu/Bumiputra boleh dipertahan sekaligus dapat mengekang aktiviti militan seperti ISIS, musuh-musuh Islam dan sebagainya .




2. Penyumbang Timur Tengah Beri Syarat


Syarat penyumbang dari Timur Tengah tersebut hanya mahu sumbang melalui PM secara persendirian kerana tidak mahu identiti penyumbang diketahui umum. Maka akaun peribadi dibuka khas untuk tujuan penyaluran dana aktiviti parti dan pilihanraya, kemudiannya ditutup selepas itu.


Jika dimasukkan ke dalam akaun amanah sudah pasti identiti penyumbang akan terdedah dan diketahui umum, ini tidak dipersetujui oleh penyumbang. Lim Kit Siang, Tony Pua, Tian Chua, Lim Guan Eng tidak bersetuju nama penyumbang didedahkan (Rujuk Laporan Mesyuarat mereka bersama SPRM).


Apa yang Salah?


Dalam isu ini, Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan di sisi undang undang.Yang salah nya kalau penyumbang dapat balasan seperti projek atau peluang perniagaan dari kerajaan.




3. ADAKAH DAP, PKR & PAS TIDAK TERIMA SUMBANGAN


Selama ini DAP, PKR & PAS memang menerima ratusan juta malah billion ringgit sumbangan dana politik, tapi oleh kerana undang-undang negara ini tidak memerlukan ianya diisytihar dan juga tidak perlu memaklumkan sumber atau penyumbangnya, maka ianya tidak diketahui umum dan tidak menjadi isu.


Maka apabila UMNO menerima sumbangan dana politik, tidak ada sebab ianya perlu dihebah kepada umum. Tapi malangnya, ada orang dalam seperti bekas pemimpin yang telah mendedahkan perkara ini kepada pengetahuan umum. Lebih malang lagi pendedahan tersebut dibuat secara 'half truth' (separuh benar) yang menyebabkan pelbagai tafsiran sehingga menjadi isu negatif yang besar terhadap UMNO dan pemimpinnya. Adalah sangat tidak beretika untuk bekas pemimpin tersebut mendedahkan rahsia parti.




4. CIA DAN YAHUDI

Adakah mungkin antara sumber derma kepada DAP berkait dgn CIA, Isreal (Yahudi), kumpulan Freemason, kumpulan Ilumunati, kumpulan NEO-CON yang berselindung di sebalik NED dan NDI atau lain lain yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap DAP?


Mungkin inilah sebabnya DAP menolak sekeras kerasnya untuk digubal akta tersebut.


SUMBER ARTIKEL: http://www.viraliyat.net/2015/08/terbongkar-pendedahan-kenapa-penderma.html