‘Bukan Duit Beribu-Ribu Pun Masuk’- Lelaki Ini Dihina Pegawai Bank





Korang pernah rasa tak pengalaman dapat servis yang teruk ketika ingin membuat urusan dengan pegawai bank? Kami pasti mesti ada diantara korang yang pernah rasai pengalaman tu. Rasa nak marah, nak tumbuk, nak tampar pun ada kalau dapat pegawai bank yang tak reti nak senyum.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Jangan salah faham, bukan semua pegawai bank di Malaysia ni yang macam tu. Sebab abam pernah juga jumpa pegawai bank yang sangat sopan, tak melenting dan tak lekang je senyuman dari muka. Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki ini kongsi kisah sikap pegawai yang sangat melampau. Haihh kerja pegawai bank pun ada juga sikap bongkak kan? Alahaiii..


Cerita bermula apabila..

Pada minggu lepas, saya telah mengambil borang untuk staf saya bagi membuka akaun simpanan peribadi memandangkan semua urusan pembayaran gaji syarikat melalui cek Maybank.

Dan semasa di kaunter pertanyaan. Saya dimaklumkan jika ada surat dari pihak syarikat yang dia bekerja, maka perlu deposit RM50 sahaja. Berbanding prosedur biasa RM250. Ini memudahkan staf saya memandangkan dia baru sahaja bekerja.

Selang sehari selepas itu, saya pergi sekali lagi ke cawangan tersebut dan berjumpa dengan seorang lagi staf maybank yang lain bertanyakan betul atau tidak kalau saya buat surat syarikat. boleh deposit RM50 sahaja. Beliau mengatakan “YA BETUL”.

“Bukan duit beribu-ribu pun masuk”
Pagi tadi 20hb September 2015. pukul 9 pagi. Staf saya pergi ke cawangan tersebut untuk menghantar borang yang sudah diisi. Staff lelaki di kaunter 1 merujuk ke pegawai wanita di belakangnya berserta surat dari syarikat saya.

Malangnya pegawai wanita tersebut mengherdik dengan mengatakan “Syarikat awak kerja bukanlah syarikat besar-besar macam di KL. Dia menambah, “bukan duit beribu-ribu pun masuk”. Lalu beliau mengarahkan pekerjanya di kaunter tadi untuk mengekal seperti prosedur asal iaitu RM250.

‘Sungguh keterlaluan..’
Sikap pegawai wanita tersebut sungguh keterlaluan. Menghina syarikat kecil saya serta memalukan staf saya di hadapan orang. Saya agak kecewa dan terguris memandangkan semua syarikat dan anak syarikat saya merupakan pelanggan setia Maybank.

Staf saya terpaksa balik kerumah orang tuannya untuk meminjam RM200 bagi urusan tersebut. Ini menyusahkan staff saya yang menaiki motor jauh ke rumah.

Ini bukan soal RM50 atau RM250. Tapi sikap pegawai tersebut yang anguh, sombong, dan memalukan jenama besar seperti Maybank!

Jangan pandang rendah syarikat kecil..
Jika kami salah, mohon diberitahu dengan cara baik. Apatah lagi sudah 2 kali saya bertanya dengan 2 orang staf maybank sebelum saya buat surat tersebut!

Jangan ingat kamu seorang pegawai, kamu boleh mengherdik syarikat kecil seperti kami. Kamu mungkin tidak tahu syarikat besar bermula dari syarikat kecil seperti kami.

Saya akan buat surat rasmi untuk dihantar ke ibu pejabat Maybank Kuala Lumpur.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas





ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas

1 comments:

Sikap Manusia ni..bermacam macam..apa2 pun Tahniah....di atas tindakan tuan.