'Tergamak Ibunya Paksa Saya Cium Kaki Anaknya' - Mia



KUALA NERUS - Malu dengan rakaman video 3GP yang memperlihatkan dirinya dipaksa mencium kaki rakannya yang tersebar di laman sosial, seorang pelajar perempuan tingkatan 3 mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Mia, 15, anak bongsu dari lima beradik berkata, maruah dirinya dan keluarga tercalar kerana video itu tersebar kerana menampakkan wajahnya yang sangat jelas.

"Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu tidak baik dan saya mengakui ada buat kesilapan pada dia. Tetapi saya telah meminta maaf.

"Pada 8 September, dia meminta saya bertemu dengannya kerana inin menyelesaikan perkara ini. Saya akur dan pergi berjumpa dengannya. Namun tidak menyangka dia bertindak memukul dan cuba menanggalkan pakaian saya," katanya.

Mia mengakui dia masih trauma dengan kejadian itu.

Difahamkan, sehari selepas kejadian itu, pelajar terbabit datang sekali lagi untuk bertemu dengannya, namun Mia enggan menemuinya.

Setelah didesak untuk bertemu di restoran milik keluarga pelajar terbabit di Pantai Teluk Ketapang. dengan alasan menyesal dengan apa yang berlaku itu, Mia akhirnya setuju.

"Tanpa berfikir panjang. saya pergi berseorangan ke restoran keluargannya. Ketika itu saya mendapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.

"Awal pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibunya memaksa saya mencium kaki anaknya jika ingin memohon maaf," katanya.

"Saya tidak menyangka mereka tergamak memaksa saya melakukan perbautan itu. Namun saya tidak mempunyai pilihan kerana telah dikelilingi oleh rakan-rakannya," ujarnya.

Setelah pulang ke rumah, keesokkan harinya barulah dia perasan yang dua video kejadian itu telah menjadi viral di media sosial.

Susulan itu, Mia dan keluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas