Seorang  lelaki maut selepas terkena empat das tembakan dilepaskan dua lelaki  ketika  menuju ke kereta selepas keluar minum bersama dua rakan di sebuah restoran di  Jalan Tun Ismail awal pagi tadi.
Kejadian  jam 2.20 pagi itu menyebabkan mangsa Arzurizan Abdul Rahman, 39, atau lebih  dikenali dengan panggilan Ayahanda  Zul Badak maut ditempat kejadian  akibat kecederaan parah di bahagian  kepala.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Difahamkan  mangsa ditembak ketika sedang ingin menaiki kenderaanya dan suspek dipercayai  melepaskan sekurang-kurangnya empat das tembakan.
Ketika  kejadian mangsa keluar dari restotan berkenaan bersama dua rakannya menuju ke  kereta sebelum sekumpulan lelaki menaiki kenderaan jenis Proton Waja dipercayai  menggunakan nombor pendaftaran palsu melepaskan empat das tembakan.
Timbalan  Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mayat mangsa  dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA)  di sini untuk bedah siasat dan polis akan memanggil dua
rakannya  itu untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian.
Katanya,  polis masih meneruskan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai kes bunuh  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Al-fatihah Credit Sinar, Harian Metro,  DTR
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas