“Kalaulah Rasulullah melihat dia, mesti dia menangis” – Luahan Simpati Seorang Da’ie Terhadap Adik Kecil Hisap Gam Ini




Tersentuh hati kami dengan nasib yang menimpa adik ini, seorang lelaki yang berkongsikan kisah seorang kanak-kanak berumur 10 tahun yang ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Apa yang lebih menyedihkan lagi, adik kecil ini sudah mula menghisap gam pada umur yang terlalu muda. Biarpun dipandang serong oleh masyarakat setempat dengan kelakuannya ini,  luahan simpati seorang Da’ie terhadap nasib adik kecil ini buat kami juga rasa simpati.


Ini adalah……seorang budak yang berumur 10 tahun, menghisap gam pada umur yang terlalu muda




Jiwa seorang Da'ie

Ini adalah……seorang budak yang berumur 10 tahun.. Dikatakan ibubapanya telah bercerai. Sekarang dia tinggal bersama neneknya. Neneknya dah tak mampu untuk mengawalnya. Dia menghisap gam pada umur yang terlalu muda. Mencuri barang jiran-jirannya. Dipergunakan oleh budak-budak jahat untuk mencuri dan diberikan upah gam. Dia pernah mencuri hampir RM1000 dari rumah jiran saya. Dia juga diajar oleh budak-budak jahat untuk mengugut rakan-rakan satu sekolahnya.


Ketika gambar ini diambil, dia dikatakan telah tidak balik rumah hampir 3 hari, hidup dengan menghisap gam, tidur malam di longkang-longkang kering sekitar kejiranan saya. Akhirnya dia tertangkap dihadapan rumah saya kerana cuba mencuri di rumah jiran saya kelmarin (di siang hari) dan telah diserahkan kpd pihak polis.


Hakikatnya dia baru berumur 10 tahun...meremukkan hati saya. Menyebabkan mata saya berair dan sedih. (Badannya yang kecil lebih kurang je macam anak saya). Kalaulah Rasululllah melihat dia, mesti dia menangis. Risau dgn keadaan umatnya. Dia adalah mangsa keadaan institusi kekeluargaan yang telah hancur.


Begitulah juga perasaan kita sbg seorg Daie. Kita mesti ada perasaan sayang dan risau dgn keadaan umat ini. Kerana perasaan inilah yang melonjakkan kita untuk beramal dan terus berjihad

“Betapa inginnya kami agar umat ini mengetahui, bahwa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Kami berbangga, ketika jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan.Atau menjadi cita mereka, jika memang itu harga yang harus dibayar.

Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini, selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami, mengusai perasaan kami, memeras habis air mata kami, dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami.Betapa berat rasa di hati, ketika kami menyaksikan bencana yang mencabik-cabik umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan dan pasrah oleh keputusasaan.


Sungguh, kami berbuat di jalan Allah untuk kemaslahatan seluruh manusia, lebih banyak dari apa yang kami lakukan untuk kepentingan diri kami. Kami adalah milik kalian wahai saudara-saudara tercinta. Sesaat pun kami tak akan pernah menjadi musuh kalian”. – Dakwatuna


Semoga penglibatan saya dalam ISMA dapat merawat sedikit penyakit pada umat ini. Amin

Sila LIKE dan SHARE jika hati anda juga tersentuh seperti saya.

P/S – Sesiapa yang ingin mengikuti program-program ISMA dan membantu bersama-sama merawat masyarakat kita, boleh PM saya, kerana inilah yang cuba kami lakukan dengan segala program-program kami. ...merawat umat ini.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas