
Seorang pelacur  kelas atasan yang menghebahkan gaya hidup mewah sambil mendakwa dia seorang  pekerja Palang Merah dihukum penjara selama lima tahun kerana menjalankan  aktiviti perjudian haram.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas
Menurut dokumen di Mahkamah Daerah Dongcheng,  Guo Mei Mei dituduh menjalankan operasi judi haram di pangsapurinya di sini  dengan pertaruhan mencecah hampir tiga juta Yuan (RM2 juta).
Beberapa gambar di akaun laman sosial wanita  itu sebelum ini menunjukkan kereta Maserati dan Lamborghini yang didakwanya  dihadiahkan atas kerjanya sebagai seorang pengurus kanan.
Penyebaran gambar tersebut bagaimanapun  menimbulkan kemarahan orang awam selain kebimbangan sama ada pertubuhan Palang  Merah telah menyalahgunakan derma yang diterima pertubuhan amal itu.
Mei Mei kemudian menarik balik kenyataan  mengenai penglibatannya dalam Palang Merah sebelum dia didedahkan menjadi  pelacur kepada golongan elit yang kaya di China dengan kadar bayaran kira-kira  300,000 Yuan (RM202,000) untuk satu malam.
Pertubuhan Palang Merah berdepan dengan  kesukaran mendapatkan derma sejak diheret ke dalam skandal wanita tersebut,  menyebabkan Mei Mei mengeluarkan kenyataan memohon maaf di rangkaian televisyen  tempatan, sambil memakai baju oren seorang banduan.
“Saya suka menunjuk, saya mempunyai pemikiran  budak kecil yang suka berlagak. Saya mahu memberitahu pertubuhan Palang Merah  bahawa saya memohon maaf. Saya juga mahu memohon maaf lebih-lebih lagi kepada  mereka yang tidak menerima bantuan,” katanya.
Perjudian kebanyakannya dijalankan secara haram  di tanah besar China tetapi dibenarkan di beberapa tempat lain di Hong Kong dan  Macau. –Kosmo
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas