Wanita Direjam Sampai Mati  Kerana Berzlna | Seorang wanita dihukum rejam sampai mati oleh kumpulan militan  Negara Islam (IS) di sebuah taman perbandaran di Raqqa, Syria pada 18 Julai  lalu. Sebelum itu, wanita berkenaan, Faddah Ahmad dibawa ke taman berkenaan oleh  para pejuang militan IS dalam keadaan kepala ditutup dengan kain hitam dan  kemudian diletakkan di dalam satu lubang kecil.
Selepas dibacakan kesalahannya  yang didakwa telah melakukan zlna, dia kemudian direjam dengan batu sehingga  mati. Menurut seorang saksi, tiada seorang pun daripada orang ramai yang berani  tampil ke hadapan untuk membaling batu ke arahnya.
“Pejuang-pejuang militan yang  kebanyakannya warga asing telah melakukannya sendiri apabila melontar Faddah  dengan batu sehingga mayatnya diheret keluar.
“Semasa dia dibaling batu, dia  langsung tidak menjerit atau bergerak,” kata seorang aktivis pembangkang yang  mengaku menyaksikan rejaman yang dilakukan berdekatan stadium bola sepak dan  taman Bajaa di bandar Raqqa yang dikuasai oleh kumpulan IS.
Hukuman itu adalah yang kedua  dalam tempoh 24 jam. Sehari sebelum itu, seorang wanita, Shamseh Abdullah, 26,  mati direjam selepas hukuman yang sama dilakukan.
ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH
ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas