Air Wadi Punca Solat Wanita Dan Lelaki Tidak Sah Tanpa Disedari




Air Wadi Punca Solat Wanita Dan Lelaki Tidak Sah Tanpa Disedari|Air wadi merupakan antara air yang keluar daripada kemaluan lelaki dan wanita yang dikategorikan sebagai najis. Ramai diantara kita yang tidak tahu tentang perkara ini dan menyebabkan solat yang dikerjakan tidak sah kerana terdapat najis pada badan dan pakaian


Air Wadi akan keluar daripada kemaluan lelaki atau wanita sesudah membuang air besar atau kerana melakukan perkerjaaan yang berat. Ia terjadi secara spontan dan tidak dirasai oleh kita. Ia sebenarnya antara penyebab solat yang dikerjakan tidah sah tanpa kita sedari.


Contohnya kita berjalan ronda shopping complex 2,3 kali ( Ini satu kerja kuat ni). Tanpa kita sedari, air wadi keluar daripada kemaluan. Apabila sampai waktu solat, adakah kita ke tandas terlebih dahulu untuk bersihkan apa yang patut atau terus berwuduk dan solat tanpa bersihkan dahulu kemaluan?
Kalau buka seluar dalam? Ya. Itu sebaiknya tetapi ia tetap perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum berwuduk dan bersolat. Kemaluan seeloknya dibersihkan terlebih dahulu sebelum bersolat kerana dikhuatiri ada air wadi yang keluar tanpa kita sedari.


Begitu juga setelah bangkit dari tidur, tanpa membersihkan kemaluan dan terus bersolat. Kita sendiri tak tahu mungkin ketika tidur mungkin terkeluarnya air wadi atau air kencing sekalipun tanpa kita sedari ketika tidur. Ini menyebabkan solat tidak sah.


Seeloknya mandi terlebih dahulu sebelum Solat Subuh. Ia akan membersihkan badan daripada kekotoran dan juga najis yang terdapat pada badan samada sengaja atau tidak sengaja. Badan kita terdapat najis-najis yang mungkin keluar seperti air kencing, air wadi dan juga air mazi.
Jika terkeluar air mani, maka perlu mandi wajib terlebih dahulu.


Alternatif, gunakan pantiliner jika keluar rumah dan pastikan kemaluan dibersihkan, pantiliner ditukar baru sebelum bersolat. Pastikan juga tidak terdapat sebarang najis terlekat pada seluar dalam. Ini memastikan keluar dalam yang dipakai tidak terkena najis. Kita tidak boleh membawa najis ketika solat, contohnya seluar dalam terkena najis. Kita masukkannya ke dalam poket ketika bersolat. Ini menjadikan solat berkenaan tidak sah kerana ada najis pada pakaian kita.


Ramai yang ambil mudah perkara ini sebelum bersolat. Inilah penyebab solat tidak sah dan doa tidak dimakbulkan. Sama sama kita bermahasabah diri untuk menjadi seorang yang lebih baik.