Fesyen Terbaru 2015 (Berkemban Tapi Tak Mandi) Cikgu Fathi AF2015 Naik Angin
PENAMPILAN tiga beradik, Sharifah Adrianna, Sharifah Amani dan Sharifah Alesya, di Anugerah Skrin, tempoh hari, menjadi bahan bualan di internet. Fesyen berkemban yang digayakan mereka dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan usia mereka yang masih muda.
Dan semestinya, sebagai ibu yang berimej Muslimah, Fatimah Abu Bakar atau popular dengan gelaran Cikgu Fathi, turut kena tempiasnya.
“Saya sangat marah apabila bercerita mengenai isu ini. Saya harap sangat masyarakat tidak menyebut lagi hal ini. Bagi saya banyak lagi isu yang lebih besar perlu mendapat perhatian umum, bukan isu remeh sebegini. Saya minta maaf,” kata Fatimah ketika dihubungi Sinar Harian. -SH
Gambar ini (di bawah artikel ini, yang pertama) telah lama kami terima, tapi hari ini kami keluarkan di Oh! Artis. Email yang kami terima dengan tajuk exactly seperti tajuk artikel ini. Bila direnung balik, ada benarnya. Sebagai seorang ibu, tidak mampukah untuk menegur anak-anak. Sekadar seksi sedikit, mungkin mulut orang boleh ditutup. Tapi sampai tahap berkemban then beberapa kali naik ke atas pentas, tidakkah timbul rasa malu pada diri sendiri? Mungkin itulah realiti dunia hiburan yang patut kita semua telan. -ohartis.com
Tidak sewajarnya seorang ibu apatah lagi bergelar pula seorang "cikgu" melompat marah apabila masyarakat menegur mengenai pakaian berkemban yang dikenakan semasa malam Anugerah Skrin TV3.
Cikgu Fathi TIADA HAK lansung untuk menutup mulut orangramai mengenai perbuatan jelek mereka yang ternyata mencemarkan imej umat Islam dengan berpakaian sedemikian.
Kalau rasa nak berpakaian demikian, malah tak berpakaian sekalipun, pergi duduk dalam hutan, berkeluarga dengan binatang, jangan duduk dalam masyarakat.
Ummu Salamah Radiallohu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Sholallohu `alaihi wa sallam bersabda:
“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada merekasecara merata…” -HR. Ahmad dll. Hadith Sohih
Berdasarkan hadith di atas, kamu berbuat salah kami juga akan ditimpakan bala!