PENZiNAAN Di Tempat Terbuka Di Negara Islam Malaysia Umpama Tabiat Manusia Spesis Haiwan


MENYINGKAP GEJALA "PROJEK TERBUKA" - TABIAT HAIWAN PADA SPESIS MANUSIA

Berita di akhbar mengenai pasangan yang ‘buat projek seks’ di balkoni apartmen siang-siang hari mengejutkan pembaca. Terkini beredar pula gambar pasangan remaja bertudung yang ditemui sedang berzina siang-siang hari di taman. Lebih malu bagi kami apabila gambar ini dikirim oleh pembaca bukan Islam. Sebenarnya tidak terkira banyaknya video dan gambar perzinaan terbuka seperti ini di internet dan group tertutup media sosial.

Hari ini berita seperti ini sudah terlampau biasa, sudah lali di pandangan, sudah tidak 'rare' lagi bagi masyarakat hari ini. Ucapan 'umat akhir zaman' itu menjadi alasan bagi setiap perlakuan begini yang seolah-olah dipersetujui. Peringatan yang diberikan segera disalah ertikan persepsinya kepada tujuan 'mengaibkan'. Alangkah malangnya kita.

Sebagai seorang yang mengaku beriman pada Allah, pedoman dari alQuran dan sunnah sewajibnya digunakan untuk merubah gejala ini sepantas mungkin. Namun hingga hari ini jumlahnya bukan semakin kurang, malah kian bertambah. ‘Aksi-aksinya’ pun semakin 'hebat'.

Semua ini menjadi bukti bahawa umat hari ini bukannya umat Islam yang ‘sebenar’. Kita adalah umat Islam palsu. Umat yang lemah dan cacat mindanya, umat yang bisu, pekak dan buta.

Kita bisu kerana tak mampu menegur di peringkat awal, walaupun terhadap anak dan saudara sendiri. Kita pekak kerana tidak mampu mendengar dan meneliti berita dan maklumbalas tentang anak-anak kita. Kita buta kerana tidak mampu melihat kejanggalan sejak mula, bahkan membiarkan sahaja kerosakan yang terang-terang terjadi di hadapan mata.

DAHULU DAN SEKARANG

Zaman dulu-dulu jika dalam kampung ada 1 orang yang lahirkan bayi tanpa bapa, memang malunya tak terhingga. Ibu bapa tak tertanggung malunya sampai ada yang "minggat", berpindah malam meninggalkan kampung halaman ke tempat lain.

Hari ini, orang kampung sudah tak kisah lagi dengan gejala ini. Pada meraka "biasalah tu" ramai yang dah terlanjur pun. Jika ada yang menegur akan dituduh menyibuk, jaga tepi kain orang atau dengki. Ayat lazim yang keluar ialah, nanti jadi pada anak sendiri baru kamu tahu...

Dulu kalau anak dara balik malam memang bapak akan tunggu depan pintu dengan talipinggang. Sekarang mak bapak hanya pesan "nak keluar tu boleh, tapi jangan sampai tak balik rumah".

Zaman dahulu, orang 'projek' sorok-sorok, malam-malam dalam gelap atau dalam semak. Kini zaman sudah moden. Orang sudah boleh ‘projek’ di taman terbuka siang-siang hari, di balcony apartment secara terbuka macam haiwan. Yang buat secara tersembunyi pula suka rakam ‘aksi projek’ mereka dan tayang sendiri kepada orang lain dengan bangganya.

Dahulu orang sangat takut jika kahwin nanti mak andam dah dapat kesan pengantin sudah hilang mastika daranya. Sekarang macam sudah tidak kisah samaada dara ataupun tidak. Itu semua cerita klasik bagi mereka.

Prinsip hidup mereka ialah sebelum kahwin enjoy dahulu. Nanti bila dah kahwin berhentilah. Enjoy itu bermaksud boleh bertukar-tukar pasangan sepuas hati. Nanti bila dah rasa nak ada anak, barulah hentikan perbuatan liar itu dan tumpu pasa 1 orang sahaja. Itu pun cukup banyak yang 'menyambung projek’ selepas berkahwin kerana sudah terbiasa.

Menyaksikan video-video viral dalam internet aksi anak-anak sekolah rendah dan menengah kita, mahasiswa dan mahasiswi kita seperti menonton "Mating Season" dalam National Geographic ataupun saluran Animal Planet. Mereka boleh buat ‘projek zina’ beramai-ramai di padang sekolah, ditepi kantin, di padang permainan secara terbuka. Rakaman mereka juga bersepah di maya.

Di mana hilangnya rasa malu mereka? Jika video mereka ini ditonton oleh ibu bapa mereka, pasti akan luluh jantung dan boleh sahaja pengsan dan terus meninggal!! Bayangkan setelah mereka berkahwin nanti ada pula orang hantar video "projek" isteri dengan lelaki lain sebelum perkahwinan... apa perasaan Sang Suami? Boleh kekalkah rumahtangga? Bagaimana pula perasaan anak jika mereka pula terjumpa video ibubapanya?

Betul kata pepatah, menjaga anak dara seorang lebih teruk dari sekandang kerbau. Gejala ini jelas menunjukkan manusia sudah mula hilang arah.

Kebebasan berzina kini sudah tidak terkawal lagi. Pengaruh media, internet dan rakan sebaya sudah terlalu berjaya menguasai minda anak-anak kita. 1001 macam cara digunakan untuk mempengaruhi mereka. Yang tidak ikut trend itu akan dipandang kolot dan ketinggalan zaman. Sekali merasa, mereka segera ketagih lalu mengulanginya lagi dan lagi.

Bagi si perempuan, antara sebab berlakunya ‘jualan murah’ ialah kerana berlakunya pertandingan di kalangan mereka yang kononnya jauh lebih ramai dari lelaki. Mereka kurang pasti mungkinkah ada yang akan jadi teman hidup mereka sebagai suami satu hari nanti.

Atas ketidakpastian itulah, mereka ‘ngap’ sahaja peluang yang datang kerana takut nanti tiada orang yang mahu dan dia tidak dapat ‘merasa’ pula. Bila sudah berzina, mereka jadi semakin galak dan perasaan ingin mencuba dengan yang lain semakin menjadi-jadi. Akhirnya ada yang mengumpul ratusan lelaki untuk ditiduri sebelum berumahtangga. Penemuan angka statistik ini amat menakutkan sekali.

Si Lelaki pula gembira sangat kerana semuanya boleh dicuba tanpa perlu mengeluarkan belanja atau perlu menikahi wanita. Bagi mereka semua yang ada dalam "pasaran" sudah dicuba dan ditunggang jejaka. Oleh itu meminta gadis untuk mengadakan hubungan seks dengannya ‘secara terbuka’ sudah jadi terlalu biasa. Begitu juga si gadis yang masing-masing sudah hilang sama sekali sifat ‘malu’nya.

PENYELESAIAN - PERMUDAHKAN PERKAHWINAN & PERSULITKAN ZINA.

Dalam mengatasi masalah ini, kita harus merendah diri untuk kembali mengamalkan sistem hidup Islam. Kembalikan peranan bapa, ibu dan anak di tempatnya semula. Bapa harus berilmu dan tegas melaksanakan peranannya mengatur keluarga. Ibu harus tunduk patuh kepada suami dan memikul amanah suaminya dalam mendidik anak-anak.

Dengan kepatuhan bapa kepada Allah dan kepatuhan ibu kepada suami itu akan mampu menunjukkan langkah ke syurga untuk diikuti oleh anak-anak pula.

Gejala yang sedang melanda adalah tabiat syaitan dan harus kita lawan arusnya dengan tabiat rasul yang berpandukan alQuran dan sunnah. Budaya ilmu dan musyawarah, tabiat nasihat menasihati, apit mengapit dan tanya menanya dengan penuh kasih mesra adalah satu jalan terbaik yang harus di’istiqomahkan’ (SIROTOLMUSTAQIIM).

Bagi mengurangkan gejolak nafsu anak-anak, kami di RPWP sentiasa ambil langkah awal menyedarkan mereka tentang gejala yang sedang melanda melalui proses pendidikan. Kemudian kami cuba beri mereka ‘kepastian’ dengan peluang memilih sendiri pasangan yang sesuai. Kami bantu urusan merisik dan kami tunangkan awal supaya pandangan mereka tidak rambang lagi. Dalam tempoh pertunangan kami matangkan lagi fungsi diri masing-masing sebagai persiapan berumahtangga.

Dengan itu mereka tidak perlu risau lagi kerana jodoh mereka telah diaturkan atas kemahuan mereka sendiri dari kalangan lelaki dan perempuan yang mereka pilih. Setelah ada kepastian, maka aktiviti "pemasaran" akan reda. Maka anasir-anasir "GEDIK" yang sekarang ini begitu berleluasa di kalangan anak-anak dara kita juga akan jadi reda. Selepas itu mudahlah kami tumpukan pada urusan pendidikan dan pematangan.

Zaman ini ialah zaman yang perkahwinan sangat dipersulitkan dengan pelbagai sekatan dan persyaratan yang memerlukan belanja yang besar. Oleh itu, hanya si kaya yang mampu berkahwin. Si Miskin harus berhutang dahulu. Apabila perkahwinan menjadi sulit dan mahal, maka lawannya ialah ZINA MENJADI MUDAH & MURAH.

Naluri dan nafsu manusia seperti air dalam empangan. Jika sudah penuh, maka ia perlu dilepas untuk disalurkan ke tempat-tempat yang baik. Dengan itu ia bermanfaat untuk mengairi tanaman, juga menjadi minuman ternakan dan manusia.

Jika air empangan sudah penuh dan kita sebagai ibu bapa masih lagi mensyaratkan pelbagai bulan bintang untuk Si Bujang mengahwini Anak Dara kita, alamat ada air yang dilepaskan senyap-senyap lalu menyebabkan BENCANA KEBANJIRAN MAKSIAT seperti zina dan segala yang berkaitan dengannya.

KESIMPULAN

Sebelum terjadi bencana pasti ada tanda tandanya. Tanah nak runtuh mesti ada kesan pergerakan kecil. Sebelum Tsunami, ikan pun lompat ke darat dulu. Sebelum banjir melanda pasti sungai melimpah dulu. Tanda-tanda ini yang kita semua gagal kesan.

Gagalnya kita mengesan kerana kita SOMBONG dan enggan menguasai AlQuran, buku panduan hidup yang Allah bekalkan. Kita sanggup meredah hidup tanpa peraturan yang fitrah pemberian Allah. Kita pandai-pandai reka sendiri peraturan hidup mengikut nafsu dengan sesuka hati macam haiwan. Kerana itu hidup kita tunggang langgang dan teraba-raba macam orang buta.

QS 7. Al A'raaf

176. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

179. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam itu kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya untuk melihat dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya untuk mendengar Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

WARGA PRIHATIN

sumber