Wanita Dilamar Dengan Cincin Diperbuat Daripada Gigi Tunangnya
Lucas melamar Carlee dan memberikan buah hatinya itu sebentuk cincin yang diperbuat daripada gigi bongsunya.
Lihat sahaja pasangan dari California ini, mereka tidak memerlukan emas permata untuk jadi bukti kisah cinta mereka.
Carlee Leifkes dan Lucas Unger
Pada hari bersejarah itu, Lucas melamar Carlee dan memberikan wanita itu sebentuk cincin yang diperbuat daripada gigi bongsunya.
“Bila kami bincang mengenainya, kami berasakan cincin berlian terlalu membosankan.
“Dia tidak memerlukan berlian untuk membuktikan cintanya. Dia telah tunjukkannya dengan berpindah dari Kanada untuk bersama dengan saya,” kata Carlee.
Carlee Leifkes dan Lucas Unger
Cincin bertakhtakan gigi itu diberikan di hadapan keluarga dan sanak-saudara ketika mereka sedang meraikan pesta Halloween baru-baru ini.
Carlee Leifkes dan Lucas Unger