Bapa Pasang Telinga Dengar Doa Anak Bongsu Berumur 9 Tahun

11


Bapa Pasang Telinga Dengar Doa Anak Bongsu Berumur 9 Tahun|Sebuah status yang di muat naik oleh mek cik siti,ia mengisahkan seorang bapa yang mempunyai ramai anak dan kesemua anaknya berjaya.

Tentu itu adalah keinginan setiap yang bernama ayah,tapi tidak dengan bapa dalam kisah ini,ia malan sebaliknya lebih berbangga dengan anak bongsunya yang masih berumu 9 tahun.



Apa yang membuatkan beliau begitu berbangga dengan anak itu, jom sama-sama kita baca.


Ustaz, saya ada 9 orang anak, anak-anak saya semua hebat-hebat. saya tidak bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz. Saya mula bangun tahajud sebab anak yang kesembilan ustaz. Dia baru darjah 6. Suatu malam ustaz,saya dengar bunyi air pukul 3 pagi dari bilik air saya, saya bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz dalam keadaan ambil wuduk, saya tunggu kat luar.

Apabila dia keluar saja, saya tengok saja dia dan tanya kenapa dik? "saya ambil wuduk abah" "kenapa ambil wuduk? "Adik tak solat isyak lagi?" "Adik nak solat tahajud bah" dengar sahaja nak solat tahajud saya diam. Saya pun biarkn dia.kemudian anak saya solat di ruang tamu.saya tengok dia berdiri ustaz. Lama-lama dia menangis dalam qiam dia. Saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud dia. Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya .

Namun selesai sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan. Dia berdoa pada Allah.Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis. Saya dengar dia sebut pada Allah dlm bisikan dia, " Ya Allah ampunkan dosa ayah saya ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya ya Allah. ayah saya tak bangun ya Allah, ayah saya tak tahajud ya Allah, ibu saya tak bangun" dia sebut nama saya dalam doa dia ustaz, saya datang, saya peluk, saya cium anak saya ustaz.

Saya tanya kenapa adik menangis? adik nak tengok abah solat dengan adik" " bangun malam dengan adik" berjurai air mata saya ustaz. "Ya Allah anak aku darjah 6, dah bangun tahajud, tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi". saya kesat air mata dan janji dgn dia, akan bangun selalu dan solat dengan dia.

Bila kita diuji dgn penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tidak seperti yang lain. Kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita. Kita rasa kurang. Tapi bila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita menang, hati kita menang untuk kehidupan akhirat. dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya. 

Dosa banyak mana pun kita.Bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita. Bila kita buat dosa mlm hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkn dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita...Allah. -