Foto : ST Foreign Desk |
Portal mStar melaporkan, semua pintu pagar di sekolah tersebut ditutup kepada pemberita pada Ahad namun suara jeritan dan laungan yang kedengaran menyebabkan wartawan dan jurugambar yang berkampung di hadapan sekolah itu terkejut.
Pihak sekolah telah mengadakan sesi membaca al-Quran selama dua jam dan mengadakan solat jemaah dengan pelajar.
Selain itu, portal mStar juga berkata mereka difahamkan seorang bomoh Cina dan Perak dan pasukannya telah memasuki kawasan sekolah itu untuk membantu situasi.
Kira-kira pukul 11.30 pagi, lebih banyak jeritan dan teriakan kedengaran dan percubaan pihak media untuk masuk ke sekolah tidak berjaya.
Sejak dari Isnin hingga Rabu lalu, lebih 100 orang pelajar perempuan dan lelaki serta guru dikatakan terkena histeria sehingga sekalh terbabit ditutup sementara bagi mengelakkan lebih ramai pelajar dirasuk.
Sementara itu, Harian Metro menerusi Twitter melaporkan, JPN Kelantan berkata sesi persekolahan di sekolah itu berjalan seperti biasa. - Siakapkeli.my
Sesi persekolahan SMK Pengkalan Chepa 2, KB, hari ini, berjalan seperti biasa susulan kes histeria babit 67 pelajar & guru: JPN Kelantan— HM (Timur) (@hmtimur) April 17, 2016