Melaka, 17 Apr - Ceramah Dr. Zakir Naik di Melaka hari ini menyaksikan seorang pelajar UTeM mengucap dua kalimah syahadah di hadapan penceramah itu.
Di Twitter, orang ramai mula mengucapkan syukur dengan berita gembira itu. Menerusi tweet video yang dimuat naik, kedengaran pelajar terbabit mengikuti Dr. Zakir Naik mengucap dua kalimah syahadah.
— sepukema (@s4iful_iqmal) April 17, 2016
— F (@Fitri_Cinonet) April 17, 2016Lebih 20,000 hadir untuk mendengar syarahan disampaikan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik, di Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka (UTeM).
Penceramah itu tiba di Dewan Besar UTeM bersama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron pada jam 8.15 malam tadi, disambut hadirin terdiri daripada pelbagai kaum.
Dr. Zakir menyampaikan syarahannya bertajuk Islam-Masalah dan Penyelesaian Untuk Kemanusiaan - Siakapkeli.my
— Khairul Nazmi (@Capital_K___N) April 17, 2016
Seorang saudara baru. Selamat datang #DZN #utem— sy8 (@SyedMuhdAyyub) April 17, 2016
Alhamdulillah Dr Zakir Naik berjaya menarik sorang memeluk islam di UTeM ☺️— Hisyam Jalaluddin (@NasrulHisyxm) April 17, 2016
Alhamdulillah......bertambah seorg saudara Islam kat Utem ni.....subhanallah....— are-tyn272 (@fatin_272) April 17, 2016