5 Perkara Awesome Tentang Oceansation 2016

Oceansation 2016 baru sahaja selesai berlangsung pada 2 Mei 2016. Untuk yang anda masih belum tahu, Oceansation merupakan aktiviti dimana anda dapat sama-sama bersuka ria bersama rakan-rakan anda di sebuah pulau disertai dengan beberapa aktiviti yang menarik. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut mengapa event yang dianjurkan The Nomad Nation dengan kerjasama GOASEAN ini sangat awesome.

Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada GOASEAN yang telah memberi peluang kepada tim The Vocket untuk menjadi salah satu rakan media sempena event Oceansation 2016 ini. Arigato!

Screen Shot 2016-05-05 at 11.19.10 PM

Okay, sebelum itu adalah lebih baik jika saya terangkan sedikit sebanyak tentang Acara Oceansation 2016 ini. Acara yang berlangsung di Teluk Keke, Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam ini telah mengumpul hampir 300 orang dan disertai dengan beberapa band.

Sesuai dengan misi mereka untuk mengubah persepsi orang ramai pada festival luar , Oceansation membantu untuk mewujudkan satu festival untuk mengubah hidup anda yang terpalit dengan rutin harian dengan menyesuaikan diri kepada perspektif dan persekitaran yang berbeza. Ditambah pula dengan elemen-elemen yang menghiburkan pasti membuatkan kenangan anda di Oceansation lebih bermakna bersama kenalan-kenalan anda.

Rasanya itu sahaja ulasan serba ringkas tentang Oceansation. Kini tiba masanya untuk saya kongsikan 5 perkara awesome tentang Oceansation 2016:

  1. Human Launcher

DCIM100GOPROG0241069.

Saya berani jamin jika anda tanya sesiapa sahaja yang menghadiri Oceansation, topik Human Launcher antara yang paling banyak dibincangkan. Tidak kira dari mula sebelum bermain sehinggalah event Oceansation berakhir, perbincangan tentang apa yang terjadi sepanjang ‘melambung’ ketika bermain Human Launcher ini pasti hangat dibincangkan.

Untuk pengetahuan anda, Human Launcher merupakan permainan dimana memerlukan 2 orang untuk terjun daripada platform setinggi 8 meter terus keatas pelampung yang panjang membuatkan seorang pemain yang berada di bahagian hadapan pelampung itu melambung setinggi 6 meter.

Kami faham, agak susah untuk bayangkan tentang permainan ini melalui penulisan. Jangan risau, kami juga ada sediakan video khas mengenai permainan Human Launcher ini.

2.  Jadual aktiviti yang padat dan awesome!

DCIM100GOPROGOPR1149.

Cuba ingat kembali bilakah kali terakhir anda bersuka ria bermain wau bersama rakan anda. Disertai pula dengan angin laut yang meniup serta permandangan yang jarang kita lihat di ibu kota, aktiviti seperti ini berjaya membuatkan anda mengimbas semula memori ketika kanak-kanak.

Selain itu, apa yang menarik tentang Oceansation 2016 ini adalah acara ini berjaya buatkan para peserta tidak bosan dengan sepanjang masa. Sementara menunggu petang, para peserta dapat menyertai bebeberapa aktiviti yang disediakan seperti mencanting batik dan belajar untuk menulis puisi daripada pakar. Oh ya, jangan terkejut jika saya katakan orang luar daripada Malaysia juga ada menyertai Oceansation 2016 dan sangat sukakan aktiviti seperti ini.

DCIM100GOPROGOPR0821.

DCIM100GOPROGOPR0973.

3. Makanan serta suasana yang berbeza

DCIM100GOPROGOPR0945.

Sepanjang acara Oceansation berlangsung ini, anda akan disediakan dengan makanan dan minuman daripada krew-krew Nomad Nation. Lauk ayam dan nasi sentiasa menjadi kegemaran para peserta.

Kata orang, hidangan sahaja tidak penting, dimana anda makan yang menentukan sesuatu memori terlakar. Bila lagi nak merasa makan bersama rakan-rakan sambil menikmati pemandangan Pantai Teluk Keke yang cantik ini. Selepas makan boleh terus baring-baring atas hammock sambil terus berangan. Best betul!

Kedai-kedai makan di sekitar Teluk Keke juga tidak mengecewakan. Jika anda sudah terbiasa dengan rutin makan pagi teh tarik dan roti canai anda tidak perlu risau, di Teluk Keke juga tersedia hidangan seperti itu dengan pemandangan yang saya pasti sangat berbeza dengan rutin harian anda.

4. Berjinak dengan kehidupan laut

DCIM100GOPROG0351310.

Jika singgah ke Pulau Perhentian, aktiviti seperti snorkeling sudah pasti menjadi suatu kewajipan. Air laut yang jernih serta kehidupan laut serta coral yang cantik pasti membuatkan anda rindu mengenai Perhentian.

Nemo, jerung dan Penyu antara perkataan yang ‘trending’ ketika snokeling bersama kenalan-kenalan anda. Jika anda yang seorang yang kurang gemar dengan aktiviti snorkeling tidak mengapa, aktiviti seperti Slip N Slide dan Iceberg pasti dapat mengisi masa anda yang terluang.

Screen Shot 2016-05-05 at 10.52.04 PM

5. Live band serta persembahan tradisional

13151669_841826599279542_9061968433536433163_n

Jika pada waktu pagi sehingga petang aktiviti berkaitan laut menjadi keutamaan, pada waktu malam para peserta disajikan dengan live band daripada kumpulan muzik tanah air. Elemen muzik tradisional seperti dikir barat daripada kumpulan Dikir Exclusive juga tidak dilupakan bagi menyajikan hiburan yang jarang dapat kita lihat di tempat yang lain.

Acara penutup Oceansation 2016 berakhir ini dengan gimik red lantern yang sangat epik.

Seperti acara perkhemahan yang lain, bergambar beramai-ramai bersama peserta Oceansation sudah menjadi suatu kewajipan. Memang meriah dan happening betul peserta-peserta Oceansation walaupun baru sahaja kenal dalam lingkungan masa 72jam.

13161235_10209263165636835_284619176_o

Sejujurnya pada pendapat saya, aktiviti seperti ini haruslah diteruskan. Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki untuk memantapkan lagi Acara Oceansation pada masa akan datang. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih buat semua yang terlibat terutamanya GOASEAN, krew-krew Nomad Nation serta para peserta.