Hanoi bukan tempat popular bagi rakyat Malaysia untuk melancong. Ini mungkin sebab kurangnya maklumat tentang bandar ini.
Saya sudah 4 bulan bekerja di sini. Saya harap maklumat yang saya cuba kongsikan ini dapat membantu sesiapa yang merancang untuk ke Hanoi, Vietnam.
1. Rancang
Untuk menjimatkan tenaga, masa, dan wang, rancang aktiviti terlebih dahulu serta buat kajian lokasi sebelum kesana.
2. Screenshot
Setelah membuat rancangan aktiviti disana, adalah lebih baik untuk anda Screenshot semua gambar yang hendak dituju berserta dengan alamat dalam bahasa Vietnam. Ini kerana kebanyakan pemandu teksi Vietnam tidak faham bahasa Inggeris.
Baca: Baju Ini Akan Selesaikan Masalah Komunikasi Anda Ketika Travel
3. Teksi
Untuk melawat tempat sekitar Bandar Hanoi, anda tidak lah perlu untuk ambik pakej perlancongan (City Tour Package). Memadai sekadar anda mengunakan teksi. Pilih teksi Mailinh kerana dipercayai. Kebanyakan Syarikat Swasta juga mengunakan khidmat teksi ini. Tambang teksi di Hanoi adalah sangat murah dan berpatutan.
4. Duit
Sila tukar duit Vietnam Dong (VND) ketika di Malaysia. Bandar Hanoi tidak sama seperti Bandar Ho Chi Minh, peniaga hanya menerima duit VND sahaja. Mereka tidak terima ringgit Malaysia.
5. Makanan Halal
Tidak banyak kedai makan halal di Hanoi. Tapi jika anda ke kawasan masjid, terdapat satu kedai makan halal di situ. Adalah lebih bagus jika anda bawak makanan sendiri dari Malaysia untuk buat makan ditengah malam.
Jika kehabisan makanan halal, anda boleh ke AEON MALL Long Bien dengan kos teksi kurang dari 120,000 VND dari Hanoi. Di AEON MALL anda boleh beli mee segera halal, ayam goreng halal dan biskut yang ada logo Halal.
6. Penginapan
Bagi backpackers penginapan di hotel bajet sudah memadai. Di kawasan Old Quarters terdapat banyak hostel bajet yg murah dan selesa salah satu nya adalah See You at Lily’s.
7. Membeli belah
Tempat menarik untuk membeli belah di Hanoi : Dong Xuan Market & Pasar malam Hanoi (Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad).
Baca lagi: 3 Tip Tukar Duit Ke Matawang Asing Sebelum Anda Travel Ke Luar Negara