Franchise Captain America sudah bermula sejak 75 tahun yang lalu dan sepanjang 75 tahun itu, macam-macam versi costume Captain Amerika telah dibuat.
Tema patriotik dengan warna ,bintang dan jalur bendera Amerika sangat kuat pada Captain America. Costume Captain America era Chris Evans nampak paling tough dan sturdy.
Paling lain sekali adalah ketika Captain America menjadi ‘Nomad’ pada tahun 1974. Ya, jika di dalam komik, Steve Rogers pada satu ketika meninggalkan imej Captain America beliau dan memakai suits bewarna biru dan kuning. Beliau berubah identiti kerana sudah tidak percaya dengan penipuan yang dibuat Richard Nixon (presiden US) ketika itu yang secara senyap merupakan ketua penjahat untuk organisasi Secret Empire.
Lihat gambar-gambar di bawah dan mana satu costume pilihan anda? Kalau anda nak baca sejarah bagi setiap costume, anda boleh ke laman Halloween Costumes. Mungkinkah pergolakan Captain America dengan Iron Man dalam Civil War akan menyebabkan watak Nomad kembali dalam Marvel Cinematic Universe? Semuanya mungkin sahaja terjadi.