(Gambar) Kereta Api ETS bertembung Dengan Komuter Di Laluan Kuala Kubu Bharu



KUALA LUMPUR: Sebuah tren penumpang antara bandar (Komuter) dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dilaporkan telah bertembung di laluan Kuala Kubu Bharu Berhampiran Stesen Komuter Batang Kali kira-kira jam 1.48 tengah hari tadi, lapor Harian Metro.

Menurut sumber, kira-kira seramai 510 orang penumpang terjejas telah dipindahkan ke lokasi selamat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, insiden itu menyebabkan tiga penumpang cedera ringan.

"Setakat ini pihak kami sedang berusaha membawa keluar lebih 500 penumpang ke lokasi selamat.

"Hanya tiga daripada 13 gerabak terjejas dalam insiden ini," katanya.

Menurut bomba lagi, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan.

Berdasarkan kenyataan di Twitter milik KTMB, berlaku kegelinciran tren menyebabkan kemalangan berlaku di mana menyebabkan jadual perjalanan komuter ke Tanjung Malim - Perlabuhan Klang dan Rawang - Tanjung Malim ditutup buat sementara waktu. - Siakapkeli.my