Grabhitch Daripada Grab Perkenalkan Servis Kongsi Kenderaan Buat Pasaran Malaysia

Grab sememangnya terkenal dengan perkhidmatan menawarkan kemudahan bagi pengguna untuk membuat tempahan teksi ke sesebuah tempat. Kini, Grab memperluaskan perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan Grabhitch untuk pasaran Malaysia.

Grabhitch daripada Grab ini menawarkan perkhidmatan dimana anda mampu untuk berkongsi kenderaan atau mudah untuk dinyatakan sebagai ‘carpool’ dimana membolehkan anda berkongsi kereta bersama penumpang lain ke suatu lokasi yang lebih kurang sama.

Jika sebelum ini anda kerap menggunakan Grab atau Uber serta menggunakan caj pemotongan pembayaran melalui kad kredit dimana anda seorang sahaja yang bayar, mungkin cara ini lebih sesuai untuk anda berkongsi tambang bayaran bersama rakan-rakan anda.

grabhitch_driver

Grabhitch juga menyediakan SOP atau ‘Standard Operating Procedure’ buat pengguna dan pemandu mengenai cara penggunaan Grabhitch yang sangat memudahkan pengguna. Di samping anda dapat berjimat menggunakan kenderaan anda juga sedikit sebanyak dapat menambah kenalan bersama penumpang.

GrabHitch_infographics-02-850x466

Grab nampaknya mengambil berat mengenai soal keselamatan serta keselesaan pengguna. Perkongsian kenderaan akan lebih mudah dan selesa dimana anda boleh selidik terlebih dahulu Facebook pengguna yang akan turut bersama anda ketika ‘carpool’. Soal jantina pemandu juga dititikberatkan oleh Grab. Tahniah Grab!

Jika sebelum ini anda kerap menggunakan Grab atau Uber serta menggunakan caj pemotongan pembayaran melalui kad kredit dimana anda seorang sahaja yang bayar, mungkin cara ini lebih sesuai untuk anda berkongsi tambang bayaran bersama rakan-rakan anda.

Pendapat saya, idea Grabhitch ini sangat baik dan sangat sesuai untuk diaplikasikan. Lebih-lebih lagi jika anda kerap berulang-alik ke tempat yang sama bersama penumpang lain. Masalah kesesakan lalu lintas juga dapat dikurangkan.

Adakah anda salah seorang yang akan menggunakan aplikasi Grabhitch? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.