Jodohku Dengan ‘Ninja’. 7 Bulan Berkenalan Kami Terus Ke Jinjang Pelamin

Bermula dengan tengok gambar pensyarah BG bagi. Dalam hati aku berkata; “Alamak dia pakai ninja lah”.

Macam mana aku nak bagitahu bapak aku nih? Aku cuba minta gambar yang tak pakai purdah dan dapat. Ok lah. Cuba test market dulu.

Jika dah jodoh, insya Allah semuanya dipermudahkan. Dan ini ringkasan daripada perkenalan aku dan isteri hinggalah kami ke jinjang pelamin 7 bulan kemudian.

31 Januari 2015 – pertama kali jumpa
21 Februari 2015 – jumpa keluarga sebelah perempuan
28 Mac 2015 – bertunang
19 Julai 2015 – ziarah raya keluarga
31 Ogos 2015 – nikah

Sebelum nikah perkara yang paling aku bimbang adalah macam mana la aku nak kahwin dengan orang yang tak pernah aku kenal. Boleh ke ada perasaan cinta dan suka sedangkan kita tak pernah kenal orang tu?

Aku tak pernah kenal pun isteri aku walaupun duduk di Terengganu 4 tahun setengah jugak.

Aku tak penah mimpi pun aku akan hidup dengan orang yang aku tak penah kenal. Tak terbayang langsung. Betul la apa orang cakap, Allah bagi apa yang kau perlu bukan apa yang kau mahu.

cinta-selepas-nikah-1

cinta-selepas-nikah-2

cinta-selepas-nikah-5

cinta-selepas-nikah-4

cinta-selepas-nikah-6

Kuasa Allah mengatasi segala-galaNya. Dia tak pernah menzalimi hambaNya. Kadang-kadang Dia nak tengok kita sabar atau tidak dengan ujian Dia, barulah Dia akan bagi rezeki yang datangnya dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih kepada ibu dan ayah yang banyak membantu sepanjang proses persiapan dan bagi semangat. Tidak lupa juga keluarga mertua, ibu dan juga ayah, abang dan kakak, yang sudi menerima diri yang serba serbi dhaif ni ke dalam keluarga yang baru. Syukur Alhamdulillah. Mohon tunjuk ajar dan bantuan nasihat serta doa.

Terima kasih jugak kepada sanak saudara dan teman rapat yang datang dan mendoakan. Tidak ada yang lebih bermakna selain daripada doa anda semua akan kebahagiaan kami berdua hingga ke syurga nanti.

Kepada isteri Ayman Shahim, terima kasih awak terima saya seadanya dalam hidup awak. Words can’t express how thankful I am to Him.

Semoga awak adalah ladang dan kebun saya untuk kita ke syurga nanti. Ameen.

cinta-selepas-nikah-7

Dan untuk pengetahuan, aku dan isteri kini berada dalam PJJ (perkahwinan jarak jauh). Aku di Melaka dan puan isteri di Terengganu. Pernah sekali aku cuba bagi surprise di hari jadinya.

Aku acah acah je tak nak datang tengok kau kat Terengganu. Aku tahu kau sedih.
Memang aku saja nak buat kau sedih. Aku cakap awal Mac ni tak ada apa-apa pun nak celebrate. Kau memang kecewakan. Aku tahu. Pedih rasa bila hari penting kita orang tak ingat langsung.

Sebagaimana setahun lepas kita jumpa untuk pertama kali dating kat kedai mak cik Saba kat Pantai Tok Jembal masa birthday kau. Aku bawak kau kat tempat yang sama hari ni.

Mengimbau kembali apa yang telah berlalu. Dulu kita duduk jauh-jauh. Malu-malu. Kak Azza Jauhar teman jumpa sekali. Kau terus bukak puasa masa birthday kau kan. Dosa dowh kata orang. Mihmihmih. Haha.

Mana mungkin lah aku lupa tarikh lahir kau. Tarikh pertama aku dapat jumpa dan sembang dengan kau depan-depan live. Walaupun itu jam ada teman.

Terima kasih sebab ada masa tu untuk aku muatkan cerita ni dalam diari hidup aku. Masa birthday aku Allah bagi aku hadiah teman hidup. Paling kurang birthday kau tahun ni tak sambut sorang macam tahun-tahun dulu.

Hari lahir kau tak payah sambut dengan orang lain. Sambut dengan mak kau. Sebab dia yang lahirkan. Ucap terima kasih sebab dia lahirkan kau.

Betapa aku bersyukur Allah izinkan aku untuk kongsi hidup dengan kau.
Semuanya sebab mak kau lahirkan kau 24tahun yang lalu pada saat ini dan hari yang sama.

Semoga engkau dalam keampunanNya isteriku, Ayman Shahim. Inilah manisnya cinta selepas nikah.

Baca lagi: Rupanya Jodoh Aku Datang Selepas Aku Balik Dari 2 Bulan Mengembara