Tak Sangka Lelaki Ini Antara Pengumpul Kasut Adidas Yang Dikenali Di Dunia

Saya minat kasut Adidas. Tapi tak sangka ada pengumpul tegar koleksi kasut-kasut Adidas di Malaysia sehingga dia tersenarai di dalam buku collectors Adidas di United Kingdom untuk rujukan peminat Adidas di seluruh dunia.

Tanpa membuang masa lagi, saya mahu mengajak anda mengenali si dia ini. Nama di Facebook ialah Amy Syah Faiz, berusia 29 tahun dan berasal dari Tanjong Karang, Selangor.

Dengan kerjayanya sebagai Inspection Executive di Petronas, pastinya itu membantu lagi dia mengumpul pelbagai kasut Adidas yang unik dan rare dari serata dunia.

Soalan pertama saya berkisar kepada kisah cinta pertamanya terhadap kasut keluaran Adidas.

“Ia bermula semasa saya berumur 16 tahun, ketika itu saya mendapat hadiah daripada pakcik saya. Sepasang “Adidas Samba” adalah kasut adidas pertama saya.

Saya mula meminati kasut Adidas, namun kerana harga yang agak mahal dan saya masih bersekolah saya hanya simpan impian untuk membeli.

Semasa di universiti saya telah mula membeli beberapa pasang sebagai koleksi. Dan bermula 4 tahun lepas selepas saya agak stabil dalam pekerjaan saya mula serius mengumpul kasut Adidas.

Ia saya gambarkan sebagai satu passion more than a hobby. Perasaan suka dan sayang membuatkan saya mengumpul kasut Adidas.

Bermula dengan kasut-kasut general release, kemudian limited edition, vintage Adidas dan collectable item.

And yes some of my shoes are limited release di Eropah dah susah untuk masuk ke malaysia. Ramai kenalan di Eropah membantu, dan juga collectors di sana.

And yes some of them dengan bantuan Dr Nadzirah herself,” gelak Syah Faiz apabila menyebut nama kawannya itu.

Dr Nadzirah aka my ex-housemate lah yang memperkenalkan Syah Faiz kepada saya. Menurut Nadzirah:

“Amy Syah Faiz macam collector tegar kasut Adidas and dia dah ada lebih 50 pasang kasut. Kasut dia ada macam-macam and paling vintage ada yang datang dari 1970s. Sebenarnya Adidas ini ada scene yang agak besar di kalangan footballers fans kat Malaysia ini.”

Ayat Nadzirah inilah yang buat saya nak tahu mengapa Syah Faiz memilih jenama Adidas, sedangkan banyak lagi jenama kasut lain yang tak kurang popular dan hebat.

Yes, setiap jenama ada kelebihan masing-masing. Saya tertarik dengan sejarah Adidas oleh founder Adidas, Adolf Dassler. And saya tertarik dengan Adidas kerana design and shape lebih menepati kepada minat dan citarasa saya. Then, Adidas sering dikaitkan dengan football culture, fanatic football gear, and famous athlete,” jelas Syah Faiz.

Syah Faiz turut menambah:

Nowdays pun semakin ramai new collector yang wujud dalam dunia, and tak sangka now in Malaysia Adidas dah seperti fenomena.”

Serius? Terus saya tanya ada atau tak komuniti Adidas collectors di Malaysia ini dan jawapan Syah Faiz telah menyebabkan satu lagi artikel akan ditulis di The Vocket kelak.

“Banyak jugak groups pecinta Adidas di Malaysia. Antara yang terbaik adalah Adidas Trefoil Malaysia. Which community yang saya dan beberapa orang di Malaysia tubuhkan bersama.

Kami juga baru saja berjaya buat event “Three Stripes Maniac” pada awal Januari lalu di mana group kami berjaya kumpulkan hampir 600 pasang kasut Adidas pelbagai jenis, limited, vintage dan lain-lain untuk buat show kepada umum.”

Kalau anda peminat kasut Adidas, pasti sukakan komuniti sebegitu. Anda boleh join group tersebut di Facebook secara percuma tanpa syarat yang ketat.

Tapi terdapat satu lagi group rahsia yang hanya dapat menyertainya di atas jemputan sahaja. Mereka terdiri dari true collector di Malaysia.

Rentetan dari kisah true collector, Syah Faiz menceritakan bagaimana dia dimasukkan ke dalam sebuah buku collector yang dijayakan oleh sebuah group rahsia true collectors yang berpengkalan di United Kingdom.

Buku itu bertajuk ‘Adidas Only Addiction’ (AOA). Ramai true collectors dari seluruh dunia disenaraikan di dalam buku AOA termasuk Syah Faiz dan 4 orang Malaysia lagi.

Syah Faiz bertuah dan berbangga kerana di muka surat hadapan terdapat gambar koleksi kasut berserta namanya.

Dia tidak pasti bagaimana dia boleh terpilih untuk disenaraikan di dalam AOA itu. Tapi mungkin sebab admin secret group yang telah mencalonkan dirinya berdasarkan pemerhatian dan perkembangan Syah Faiz.

Ia juga boleh jadi kerana Syah Faiz memaparkan segala koleksi kasut Adidas miliknya di satu akaun Instagram khas iaitu @adiadisyah. Ini kerana menurut Syah Faiz, perbualan berlaku di situ sehingga dia dijemput masuk ke dalam group rahsia tersebut.

Di dalam Instagram tersebut terdapat pelbagai jenis, corak dan warna kasut-kasut Adidas.

Melihat kepada koleksi Syah Faiz ini, dia merupakan pengumpul koleksi kasut dari pelbagai jenis Adidas. Ini menunjukkan Syah Faiz tidak cenderung terhadap satu-satu jenis kasut atau kumpulan kasut sahaja.

My collection terdiri dari wide rage of version, running series, vintage series, limited and collaboration series. Ramai collector yang jenis fokus kepada sesuatu version, namun saya lebih suka untuk pergi menyeluruh,” jelas Syah Faiz tentang koleksinya.

Berikut adalah koleksi kasut Adidas yang begitu berharga bagi Amy Syah Faiz:

1. Running Series

adidas 1

Most my running series ialah collaboration series di mana Adidas berkerjasama dengan beberapa jenama (contoh: A Bathing Ape, Footpatrol, Solebox) untuk hasilkan design kasut.

Kebiasaannya collaboration series adalah limited dan sukar di dapati. Gambar di atas adalah sebahagian dari runner series collaboration yang paling bernilai bagi saya.

2. Vintage

Saya juga mempunyai koleksi vintage Adidas yang di manufactured pada tahun 70-an dan 80-an yang di buat dari Perancis, Jerman Barat, Yugoslavia dan lain-lain.

Vintage sukar untuk didapati kerana ia barang lama dan harga kadang-kadang sangat mahal boleh mencecah hampir ribuan ringgit.

Kalau dilihat gambar di atas yang warna kuning itu adalah Adidas Malmo. Saya menunggu satu tahun lebih untuk memujuk previous owner untuk menjualnya. Akhirnya saya berjaya memilikinya, namun hanyalah dengan deal menukar 2 pasang kasut vintage saya (swap) untuk mendapatkannya. Namun ia sangat berbaloi.

Vintage city series (dibuat atas nama city, contoh: Adidas London, Adidas Brussel, Adidas Malmo, Adidas Stockholm) adalah paling popular di kalangan collector dan harganya yang sangat mahal dan sukar di dapati.

Most of my vintage collection saya dapat dari seluruh dunia. Ada dari penjual di Malaysia, dan juga dari collectors luar negara.

3. Limited Series

adidas 2

Limited series kegemaran saya adalah 1/500 Series. Series ini hanya ada 500 pasang yang dibuat dan dijual di dalam dunia.

So, only lucky 500 sahaja dapat memiliki kasut ini.​Total ade 6 jenis. Namun saya hanya berjaya peroleh 4 pasang dan masih lagi berusaha untuk mendapatkan another 2.

To be honest semakin hari semakin sukar untuk memperolehinya kerana harga koleksi ini semakin melambung. Untuk brand new 1/500 boleh mencecah 500 pound sterling tahun ini.

Nasiblah saya beli all 4 semasa harganya belum menggila dan dibantu oleh rakan saya yang belajar jurusan pergigian di Ireland ketika itu, Dr. Nadzirah.

Sebenarnya lebih mudah membeli dari luar negara dari beli online di Malaysia.

4. Adicolor

adidas 4

Ini pula antara yang special for me. Saya jumpa Adidas ini semasa saya outstation kerja di Tokyo, Jepun.

Tidak berniat untuk mencari pun. Pada waktu itu saya sedang mencari kedai untuk makan tengahari \dan tiba-tiba ternampak sebuah kedai menjual pelbagai jenis kasut dan seperti biasa saya masuk dan tengok jika ada barang menarik.

Then jackpot! Saya nampak Adidas Adicolor (collectable item, which you can paint your Adidas yourself *tapi saya tak warnakan lah, sayang hehehe).

Then saya terus beli dan pulang dengan kelaparan sebab duit yang bawa time tu cukup-cukup pula untuk beli kasut itu. Sangat besar dan berat, tapi saya gigih juga bawa naik train and balik ke hotel di Chiba. Tapi it is worth it!!!!

Menurut Syah Faiz dia banyak membeli kasut-kasut Adidas menerusi online. Jika susah nak dapat di Malaysia, dia akan mencarinya di kedai online luar negara. Selain itu, dia juga membelinya melalui ramai pengumpul koleksi Adidas di Facebook Group.

Semakin wide connection, semakin lebih senang nak beli rare item ini

Sebelum sesi temubual ini berakhir, saya bertanyakan satu soalan yang pastinya ada di kalangan akan menyebut tentangnya iaitu: “Membazir jer collect benda-benda macam ini”.

adidas featured

Respon Syah Faiz:

“Adidas meletup market around 2-3 tahun ni. Maybe antara sebab why people collect Adidas. Macam emas, beli dengan harga RM500, around 2-3 tahun boleh naik sampai RM2000 depend on how rare they are.

But passion lebih bernilai dari wang ringgit. Kadang-kadang satu kepuasan yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Tapi as I mention earlier, shoe game if you play well, boleh jadi kaya-raya. Like harga akan always naik, and new comers will always exist.

Lebih-lebih lagi sekarang ramai peminat-peminat bola di Malaysia yang terikut culture ultras and hooligan European countries di mana most of them wearing Adidas shoe to stadium.

So bagi saya, money come second after passion. Sesuatu kepuasan yang susah digambarkan. Tapi to be honest la, kalau luck memang jadi investment.”