Xiaomi Bakal Mengumumkan Yi Camera 2 Dengan Sokongan Rakaman 4K

Jika anda pernah menggunakan Xiaomi Yi Cam pasti anda kagum dan menyukainya. Dengan harga yang rendah untuk kualiti yang hebat, produk keluaran Xiaomi ini sedikit sebanyak dapat memberi saingan kepada Gopro Hero 3. Setelah hampir setahun di pasaran, kini tiba masanya buat Xiaomi mengumumkan Xiaomi Yi Cam 2.

13161944_581788678660979_184792153906963066_o

Xioami Yi Camera 2 bakal disertakan dengan kamera 12.35-megapixel serta sensor Sony IMX377. Pemilihan Xiaomi untuk menggunakan sensor terbaru ini merupakan pemilihan yang baik meskipun terpaksa bekorban dari segi pixel berbanding 16-megapixel pada sebelum ini. Sensor terbaru daripada Xioami Yi Cam 2 ini juga bakal memboleh anda merakam video dalam kualiti 4K yang pastinya akan lebih jelas dan berkualiti.

13161944_581788678660979_184792153906963066_o (1)

13161944_581788678660979_184792153906963066_o (2)

Salah satu fungsi yang menarik pada Xiaomi Yi Cam 2 ini adalah paparan skrin bersaiz 2.19-inci dimana membolehkan anda terus menonton video yang diambil secara terus. Jangan terkejut jika saya katakan Xiaomi Yi Cam 2 ini bakal disertakan dengan cip Ambarella A9 dimana cip ini juga digunakan pada GoPro Hero 4 Black Edition.

Fungsi-fungsi lain seperti bateri, Wi-Fi yang lebih laju serta rakaman video dengan respons tinggi juga dipertingkatkan berbanding model sebelum ini.

Xiaomi Yi Cam 2 dijangka akan diumumkan pada 12 Mei 2016 ini dan dikhabarkan akan mula dijual dengan harga $130. Dengan spesifikasi serta fungsi yang canggih saya yakin ‘action camera’ daripada Xiaomi ini sedikit sebanyak mampu memberi saingan buat Gopro meskipun mempunyai jurang harga yang jauh berbeza.