10 Rekod Dunia Paling Pelik


10 Rekod Dunia Paling Pelik | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sejak Teacher Muja kecil lagi, Teacher Muja suka bertanya pada umi soalan yang berkaitan dengan perkataan paling; paling besar, paling panjang, paling kecil, paling cantik dan banyak lagi. Mungkin sebab itulah Teacher Muja sangat suka menonton rancangan yang berkaitan dengan rekod termasuklah rekod Malaysia, rekod dunia, Guinness Book Of Records.

Mencipta rekod dunia memerlukan bakat semulajadi yang sangat lain dari yang lain atau dalam banyak kes, ia juga mengenai nasib seseorang yang ditakdirkan untuk hidup untuk membuatkan orang ramai pelik dan hairan dengan rekod dunia yang dicipta. Banyak rekod dunia dicipta oleh mereka yang dikatakan gila atau menghadapi masalah mental dan mereka jugalah yang suka memecahkan rekod dunia yang lain.

Satu perkara yang pasti, setiap rekod yang dicipta akan dipecahkan suatu hari nanti. Ada yang mengambil masa sekejap, ada juga yang mengambil masa yang lama. Di bawah adalah senarai 10 rekod dunia paling pelik yang pernah dicipta. Setelah mengetahuinya, kamu mesti akan mula percaya dengan kata-kata; mustahil itu tiada apa-apa.


Manusia Paling Banyak Bertindik Di Dunia


Elain Davidson telah mencipta rekod sebagai manusia yang paling banyak bertindik di dunia. Semasa pemeriksaannya yang paling terkini, dia mempunyai sebanyak 3950 tindikan pada badannya. Kegilaan apakah ini?! Alhamdulillah, dalam agama Islam, tiada pula perintah yang melibatkan perbuatan menyeksa diri dan membahayakan sebegini. Syukur.


Maze Paling Besar Di Dunia




Maze adalah jalan yang dibina di kawasan taman oleh dinding yang menyusahkan kita jumpa jalan keluar. Maze yang mencipta rekod ini dibina oleh seorang pekebun Tom Pearcy yang terletak di luar kawasan New York. Maze tersebut meliputi tanah seluas 23 ekar. Ia direka menggunakan teknologi satelit yang digunakan untuk mereka maze buat kali pertama. Pekebun itu berkata yang maze itu direka sebagai tribute untuk ulang tahun Star Trek yang ke 40.


Kulit Yang Paling Regang di Dunia


Garry Turner yang tinggal di England menghadapi situasi medikal yang dinamakan sindrom Elhers-Danlos- sebuah kecacatan pada tisu penghubung, yang membolehkannya meregangkan kulit badannya sehingga 15.8cm. Dia telah mencatat rekod dalah Guinness Book of world records pada 29 Oktober 1999.


Orang Paling Kedekut Di Dunia


Seorang wanita bernama Hetty Green dipercayai adalah seorang manusia yang paling kedekut di dunia. Dia pernah menjadi wanita terkaya di dunia kerana dia tidak membelanjakan wang langsung. Selalunya, dia hanya akan memakai sehelai baju berwarna hitam dan memakan pai kerana itu adalah makanan termurah. Semasa anak lelakinya patah kaki, Hettie menangguhkan rawatan kerana mencari pusat perubatan percuma.


Palindrom Paling Panjang Di Dunia


Ular Berbisa Di Dalam Mulut Paling Banyak Di Dunia



Jackie juga terkenal dengan nama Lelaki Ular Texas. Dia telah mencipta rekod dunia apabila telah berjaya memasukkan 4 ekor ular berbisa di dalam mulutnya untuk satu jangka masa yang seolah-olah merupakan sebuah percubaan membunuh diri. Jackie telah mempunyai 4 rekod dunia termasuk yang ini. Ada yang menggelarkannya gila, sebahagian lagi menggelarkannya lagenda


Mengimbangkan Benda Paling Berat Di Dunia


John Evans memegang rekod setelah berjaya mengimbangi benda paling berat di atas kepalanya. Dia telah berjaya mengimbangi sebuah kereta 800cc di atas kepala. Termasuk yang ini, John mempunyai 30 lagi rekod dunia berkaitan mengimbangkan benda-benda berat di atas kepala.


Perarakan Trak Tunda Terbesar Di Dunia


292 buah trak telah mencipta rekod dunia; perarakan trak tunda paling besar di dunia di New York pada 20 September 2008 di atas sebuah landasan di Brooklyn’s Floyd Bennet Field.


World’s Longest Chain of Shoes


Peter Wajda, seorang kanak-kanak pada gred tiga, telah berjaya mencipta rekod rantai kasut paling panjang di dunia (10 512). Selepas mengumpulkannya, dia memutuskan untuk menghantar kasut itu kepada NIKE. NIKE akhirnya telah bersetuju untuk membuatkan permukaan yang sesuai untuk atlet menggunakan kasut-kasut tersebut seperti gelanggang dan padang bola. Macam mana agaknya ye..


Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia


Pencuci mulut paling mahal di dunia yang bernilai $25 000 telah mencipta rekod pencuci mulut paling mahal yang pernah wujud. Pencuci mulut itu dicipta di Restoran Serendipity pada 7 Novermber 2007 di New York. Pencuci mulut itu disediakan bersama-sama dengan seutas gelang tangan emas dan sebatang sudu emas 18k, yang boleh disimpan oleh pelanggan jiwa mahu. Semestinya mahu!

Ada yang masih boleh diterima akal, ada yang membawa maut, ada yang sangat mengejutkan. Betapa manusia dikurniakan akal yang sangat misteri, yang kita tak tahu kebolehan sebenarnya. Sehinggakan kita sentiasa mencabar diri melakukan sesuatu yang berlainan, tapi janganlah sampai menggelincirkan kita dari jalan kebenaran.

Subhanallah. Alhamdulillah. Wassalaam.