Sekali pandang dah tahu mewah sekali majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Malaysia kita.
Sangat berbeza dengan suasana ketika majlis di Malaysia, Nooryana Najwa Datuk Seri Najib Tun Razak disambut dengan meriah serta mewah sekali oleh pihak lelaki.
Pasangan pengantin ini iaitu, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayer diraikan selama 2 hari berturut-turut. Wah memang Wedding of The Year ni.
Seperti di majlis di Malaysia, bunga-bunga nampaknya menjadi pilihan tema majlis di Kazakhstan. Dengan menggabungkan elemen moden dan tradisi Kazakhstan, majlis yang berlangsung pada 18 April bertempat di Hotel Royal Tulip Almaty, Kazakhstan ini dilihat sangat menakjubkan.
Kami lihat pun dah rasa terpesona dan sangat terkejut. Menurut sumber, rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan seperti yang didakwa oleh Tun Dr. Mahathir (Bekas Perdana Menteri) ialah seramai 300 orang tetamu. Satu jumlah yang agak besar dan berapa agak-agaknya kos untuk ke sana yer? Hmmmm terfikir-fikir, ops!
Apa-apa pun tahniah kepada Perdana Menteri sekeluarga dan semoga kehidupan sentiasa dilindungi olehNya.
sumber : http://gosipmalaysia.com/Utama
1 comments:
seronok nian adat perkahwinan melayu di Malaysia ya.
love it! :)