Laman Utama Slider Aduan Pengawal, Dakwa Syarikat Keselamatan Tak Bayar Gaji

Dalam satu aduan yang diterima portal Mynewshub hari ini (Rabu), seorang individu yang enggan dikenali mendedahkan tentang kegagalan sebuah syarikat kawalan keselamatan untuk menjelaskan pembayaran gaji terhadap pengawal yang bekerja di bawahnya.

Individu itu mengaku dirinya sebagai seorang pengawal keselamatan yang mana syarikatnya diupah oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyediakan kawalan keselamatan.

Bercerita lanjut, individu tersebut berkata, terdapat beberapa kes yang mana syarikat berkenaan iaitu Kawalan Keselamatan Sentral (M) Sdn Bhd tidak melunaskan gaji beberapa pengawal keselamatan dan tindakan tersebut membebankan mereka.

[Tidak Mampu Bayar Pekerja, Unit Berita ABN Ditutup]

security-guard

Bukan itu sahaja, ia turut berlaku tidak adil kepada segelintir pengawal yang diberhentikan dengan tidak menjelaskan gaji mereka.

Keadaan itu menurut individu berkenaan menyebabkan kehidupan mereka sangat sengasara.

“Gaji kami yang berkerja sebagai pengawal dah la kecil, sekarang itu pun lambat menyebabkan anak-anak kami kelaparan di rumah,” katanya.

Bagi berlaku adil kepada semau pihak, pihak Mynewshub menghubungi syarikat berkenaan bagi mendapatkan kenyataan balas dari mereka.13986_723539694366441_5316887619040192949_nMenurut wakilnya, Mohd Irwan Abdul Razak, cerita tersebut merupakan satu tuduhan yang tidak berasas kerana setakat ini, urusan pembayaran gaji pekerjanya tidak menghadapi sebarang masalah.

Tambahnya lagi, kes ini merupakan aduan pertama yang dibuat ke atas syarikat tersebut yang melibatkan isu gaji.

Bukan itu sahaja, Irwan turut mempersoalkan tindakan si pengadu yang tidak hadir sendiri ke syarikat berkenaan dan memilih untuk membuat aduan kepada pihak ketiga.

“Sepatutnya, si pengadu menghubungi syarikat atau datang ke pejabat bagi berbincang, bukannya membuat aduan pada pihak lain.”

Irwan turut meminta individu tersebut untuk tampil sendiri ke pejabat supaya dia mendapat penjelasan lanjut berkenaan masalah yang dihadapi.

Tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, isu seperti ini sepatutnya diselesaikan secara perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian.

– MYNEWSHUB.CC

Pengawal Keselamatan Yang Dimaki Isteri Pemain Bola Sepak Mat Yo

Komen

comments