Cool! Apple Tonjolkan Proses Pembuatan Apple Watch


Apple Watch yang bakal dilancarkan pada 24 April kelak pastinya membuatkan penggemar jam tangan pintar di seluruh dunia ternanti-nantikan tarikh keramat tersebut.


Jam pintar pertama dari Apple ini hadir dengan tiga variasi berlainan di mana material yang digunakan untuk tiap-tiap jenisnya adalah amat berkualiti.


Tiga jenis material tersebut adalah aluminium, stainless steel dan emas 18-karat, yang akan dijual pada harga bermula USD349 sehingga setinggi USD 10,000 untuk model premium.


Melalui pengamatan kami, proses penghasilan melalui tiga bahan ini sememangnya amat cermat dan boleh dikatakan sebagai modus operandi pemasaran pihak Apple yang paling kreatif setakat ini.


Tonton video-video di bawah dan bersiap sedia untuk pre-order Apple Watch yang akan dibuka pada 10 April kelak.


-MYNEWSHUB.CC


Komen


comments