Dua Maut, Lima Cedera Dipanah Petir



Nibong Tebal: Dua lelaki maut manakala lima cedera, termasuk seorang daripadanya parah selepas dipanah petir ketika berteduh di kuil di Batu Kawan, kira-kira 7 petang, Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Deputi Superintendan Shariffudin Abdullah, berkata ketika kejadian kesemua mangsa berusia antara 32 hingga 56 tahun sedang berada di kawasan kuil yang masih dalam pembinaan itu.

“Seorang daripada empat mangsa yang cedera kini kritikal manakala yang lain dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB).

"Mayat kedua-dua mangsa sudahpun dihantar ke HSB untuk dibedah siasat," katanya.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Arumugan Nadason, 42, dan Sivaperumal Veerappen, 52. - Harian Merto


Sumber: